Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grillegrilKesenianSeni BinaKekisi pada bukaan tingkap atau pintu yang berfungsi sebagai elemen keselamatan dan hiasan. Gril dibuat daripada besi tetuang, besi lembut atau besi tahan karat.
mertasmertasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Ctenolophon parvifolius daripada famili Linaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah besi-besi, dan di Sarawak ialah lituh. Gubal kayu mertas sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 930 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikeringkan, sederhana tahan, tetapi sukar diproses. Kayu mertas sesuai untuk kerja binaan sederhana, tiang, lantai parket, dan lantai kegunaan lasak.
high performance liquid chromatography (HPLC)kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC)HerbaFitokimiaKaedah kromatografi yang diadaptasikan daripada kromatografi turus. Fasa pegun yang diisi ke dalam turus diperbuat daripada besi tahan karat atau plastik. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan lelehan daripada turus kepada alat pengesan yang berasaskan kepada penyerapan sinar ultraungu atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Banding kromatografi bendalir lampau genting (SFC).
NuceriteNuceriteKejuruteraanKejuruteraan KimiaSeramik logam komposit kaca-besi. Ia bersifat tahan kakis terhadap gas asid hidroklorik, gas klorin, dan gas sulfur dioksida hingga ke suhu 650�C. Seramik ini berkekuatan lebih kurang 18 kali ganda kaca keselamatan.
German silverperak JermanKesenianHiasan DalamanBesi aloi yang dikenali sebagai perak nikel, hasil campuran tembaga, timah dan nikel. Bahan ini tahan karat dan boleh ditempa atau dilentur.
fluks burning cuttingpemotongan membakar fluksKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemotongan logam yang bukan ferus dan keluli tahan karat yang tidak mudah teroksida dengan menaburkan serbuk besi pada kawasan pembakaran untuk meningkatkan pemindahan haba dan tahap pemotongan.
reinforced concretekonkrit tetulangKesenianSeni BinaKonkrit yang diperkuat dengan besi penguat di dalamnya sehingga kedua-dua bahan ini bertindak secara bersama-sama untuk menanggung beban atau melawan daya tekanan. Pembinaan struktur bangunan seperti tiang dan lantai yang menggunakan bahan-bahan konkrit ini biasanya lebih kuat, tahan dan tidak mudah retak atau pecah. Sinonim ferokonkrit.
A-horizonhorizon AGeologiTiadaHorizon tanih yang paling atas, mengandungi satu subdividi atau lebih yang berikut: horizon A1 yang dicirikan oleh tumpukan jirim organik, horizon A2 yang dicirikan oleh kepekatan kuarza atau mineral tahan yang lainnya pecahan bersaiz pasir atau lodak yang disebabkan oleh pelarutlesapan lempung, besi, atau aluminium, dan horizon A3 yang merupakan peralihan kepada horizon B yang terdapat di bawahnya.

Kembali ke atas