Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cekal atau teguh hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : teguh hati; cekal hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Pulau Tinggi terendak Cina,
     Nampak mari Pasir Seribu;
Pergi tuan jangan lama,
     Mana nak tahan hati rindu.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Anak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Tinggi terendak Cina, Nampak mari Pasir Seribu; Pergi tuan jangan lama, Mana nak tahan hati rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Asap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sukalah hati berkain baru, Sebarang rendam tidakkan luntur; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tahan tak tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Burung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran

Kembali ke atas