Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cekal atau teguh hati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : teguh hati; cekal hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tahan (adjektif)
1. Bersinonim dengan kukuh: kuat, teguh, tegap, stabil,

2. Bersinonim dengan tabah: cekal, sabar, betah, kental, ulet,

3. Bersinonim dengan cukup: pada, sampai, genap,

Kata Terbitan : bertahan, menahan, mempertahankan, tertahan, tertahan-tahan, tahanan, ketahanan, pertahanan, penahanan, penahan,

Puisi
 

Pulau Tinggi terendak Cina,
     Nampak mari Pasir Seribu;
Pergi tuan jangan lama,
     Mana nak tahan hati rindu.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa di tepi paya, Makan pagi mengulam rumput; Tidak orang semacam saya, Tahan hati mengulam perut.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Tinggi terendak Cina, Nampak mari Pasir Seribu; Pergi tuan jangan lama, Mana nak tahan hati rindu.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan gigi ngilu, Makan pauh sisa tupai; Tidak tahan hati rindu, Jalan jauh rasa tak sampai.
Kurik Kundi Merah SagaTidak tahan sakit kaki, Kena duri dalam petak; Tidak tahan sakit hati, Orang menyindir dalam gelak.
Kurik Kundi Merah SagaAsap berkepul di Tanjung Batu, Orang berkebun di Kampung Baharu; Jangan adik pergi dahulu, Hati tak tahan menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan?

Kembali ke atas