Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hir] | طاهير

Definisi : Ar bersih, murni, suci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahir

Puisi
 

Cik Dol anak Cik Tahir,
     Tangkap belalang di celah batu;
Emas sekati intan setahil,
     Cari tukang ikatkan satu.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen

Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui

kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i.   Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978.

                                                         ii.   Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975.

                                                         iii.  Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984.

                                                         iv.  Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan

                                                          v.  Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997.

Lain-lain29.02.2008
Tuan, Apakah kesalahan tatabahasa bagi ayat di bawah: 1. Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti persekolahan bulan Mac depan. Terima kasihAyat yang betul, Pak Cik Tahir sekeluarga mendirikan umrah pada cuti sekolah bulan Mac ini.Tatabahasa11.01.2018
Salam,saya pelajar UM yang sedang menjalankan kajian mengenai sistem ejaan jawi yang digunapakai oleh Sheikh Tahir Jalaluddin dalam karyanya yang terdapat di ANM. Tajuk kajian saya " Sejarah Perkembangan Sistem Tulisan Jawi Awal Abad ke 20 : Kajian terhadap Karya Sheikh Tahir Jalaluddin". Saya ingin bertanya pihak DBP mengenai siapa yang patut saya tanya @ temubual serta prosedur apakah yang perlu saya lakukan bagi mengesahkan kaedah tulisan Jawi yang digunakan oleh Sheikh Tahir? Sekian,terima kasih...Waalaikumussalam.

Untuk bertanyakan soalan tentang Sistem Tulisan Jawi Awal Abad Ke-20, kami cadangkan puan menghubungi tuan Haji Hamdan Abdul Rahman di talian 013 3472346.  Terima kasih.
Penyelidikan08.12.2014
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar

Sila rujuk bahan ini :

1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Tahir">Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992

Lain-lain02.02.2008
Saya Norazizah Md Tahir Pustakawan daripada UTeM. Pihak perpustakaan UTeM akan menjalankan karnival, oleh itu kami ada menyediakan poster untuk tujuan hebahan bagi karnival tersebut. Pertanyaan saya, bagaimana saya boleh membuat semakan dengan pihak DBP berkaitan penggunaan ayat didalam poster tersebut. Sekian terima kasih.Sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa melalui laman web dbpsahbahasa.my untuk perkhidmatan penyemakan dan pengesahan bahasa bagi poster yang puan maksudkan.Lain-lain03.09.2018
""__ akan mengiringi baginda sultan ke Betawi," kata laksaman Tahir kepada Temenggung Tuah. jawapan = hamba?" Reply to this email to commentKata ganti nama diri yang betul ialah hamba.Tatabahasa08.07.2013
Salam sejahtera, Kami ingin memohon kelulusan dari pihak tuan untuk papan tanda yang telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia seperti yang dilampirkan. Terima Kasih Nurul Ain binti Mohamed Tahir +603-2035 5959Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Penyemakan dan penterjemahan24.11.2014
sejarah ringkas mengenai perkembangan sastera unsur-unsur penting dalam puisi,cerpen dan novel
Sila rujuk buku terbitan DBP yang berikut:
1. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Novel oleh S. Othman Kelantan dan Abdullah Tahir
2. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Cerpen oleh Othman Puteh dan Ramli Isin
3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah
4. Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Kritikan oleh Hashim Awang
5. Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu.
Lain-lain08.09.2009
definisi untuk; 1. Pertanyaan : 2. Aduan : 'Dalam konteks umum dan juga konteks KPM'

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertanyaan ditakrifkan sebagai 1. perihal bertanya, permintaan keterangan; 2. apa yg ditanyakan, soalan: Cikgu baru menerangkan ~ Engku Tahir yg kedua; 3. ki persoalan, masalah: maka timbullah ~-~ kpd seluruh bangsa Melayu; ~ keliling berbagai-bagai pertanyaan yg dihantarkan selepas sesuatu agenda mesyuarat dll; manakala aduan pula ialah 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan: ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu sedang disiasat oleh polis.

Istilah13.11.2009

Kembali ke atas