Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung, burung tuwu, Eudynamys scolopacea malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
konsep pembelajaran

Assalamualaikum

Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya

(i)   Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham).

(ii)  Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat.

Jika perkara (i) dan (ii)  di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu,

(iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham).

(iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat

Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku.

Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir.

Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti

(i) Behaviourist

(ii) Humanist

(iii) Kognitivist

(iii) Konstructivist

Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham.

Lain-lain28.03.2010
Ingin tahu makna i) Teokratik ? ii) Ortodox ? Terima Kasih Ezree1. sistem kerajaan yang menggunakan hukum-hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara. 2. berpegang teguh pada peraturan, pendapat, prinsip, yang diterima umum seperti dalam agama, kelakuan atau sikap.Tatabahasa28.08.2007
Tuan , saya ingin tahu manakah penyataan yang betul untuk ayat-ayat di bawah I Anak itu menyangka orang itu bapanya. II Adik menamai kucing itu Si Belang. i)Ayat di atas mengandungi dua objek. ii) Frasa (bapanya dan Si Belang) ialah penerang. iii) Kedua-dua ayat di atas dapat dipasifkan. iv) Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja tak transitif. Mohon penjelasan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.1. Ayat tersebut masing-masing mengandungi satu objek.
2. Kata kerja yang digunakan ialah kata kerja transitif.
Tatabahasa08.05.2013
saya ingin tahu maksud - maksud seperti berikut:- i. keberkesanan ii. kaedah iii. inkuiri penemuan mengikuit mata pelajaran sains iv.menjawab v. soalan vi. aras tinggi - penerangan ini bertujuan untuk jurnalTuan boleh mendapatkan maksud perkataan yang diperlukan melalui carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Makna31.03.2015
saya ingin tahu yang mana betul serta fungsinya: i. 'diperoleh' atau 'diperolehi' ii. 'mengandung' atau 'mengandungi'Kata terbitan yang betul ialah diperoleh, daripada kata dasar oleh dan menerima awalan diper-... menjadi diperoleh. Mengandung bermakdu membawa sesuatu atau hami. Mengandungi sama dengan mengandungi, iaitu berisi atau memuat seperti Bunga yang mengandung/mengandungi racun.
Tatabahasa15.02.2012
Aswb, Ingin saya tahu fungsi tanda baca [( )] dan penggunaannya secara praktikal hari ini. Apakah masih perlu pelajar tahu tentang tanda baca ini sedangkan bentuk yang sedemikian lebih sering mereka temui dalam masalah matematik. Sekian. Terima kasih.

Berdasarkan rujukan kami, tanda baca ( ) digunakan untuk tujuan tertentu seperti yang berikut:

(a) Mengapit singkatan, akronim, keterangan atau penjelasan tambahan.                                                            Contoh ayat, Latihan itu akan diadakan di PULAPOL (Pusat Latihan Polis).

(b) Mengapit keterangan atau penjelasan sumber bahan. Contoh ayat, Berbagai-bagai jenis ayat dalam bahasa Melayu dapat dipelajari daripada buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (Nik Safiah Karim et al., 1994)                                                                                    

(c) Mengapit angka atau abjad yang menunjukkan bilangan. Contoh ayat, Saksi memberi keterangan dalam tiga peringkat, iaitu: (i) Pemeriksaan utama, (ii) pemeriksaan balas, dan (iii) pemeriksaan semula.

(d) Mengapit matrik yang tidak lebih daripada dua baris. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga.                                                                                                       

 

Lain-lain16.02.2010
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP.

Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.  ii.  Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa14.10.2013
Saya ada dua pertanyaan: i)Boleh saya tahu mengapa set-top box diterjemahkan sebagai kotak atas set dan bukan kotak set atas? ii) Apakah terjemahan yang sebaiknya bagi "TV point" atau "cable TV point"? Terima kasihDalam data kami, terdapat dua padanan bagi istilah tersebut, iaitu
-top box kotak set-atas Teknologi Maklumat Tiada Kotak stesen televisyen berbayar yang diletakkan di atas televisyen pengguna seperti stesen televisyen berbayar yang berasaskan kabel, Internet atau satelit. Fungsi kotak ini adalah untuk mengekod dan menyahkod isyarat video yang dihantar oleh stesen penyedia televisyen berbayar. Contohnya, kotak set-atas yang dibekalkan oleh ASTRO kepada pelanggannya.

set-top box kotak atas set Teknologi Maklumat Tiada Komputer rangkaian di rumah yang menggunakan televisyen sebagai monitor untuk mencapai perkhidmatan Internet.

Kedua-dua istilah tersebut digunakan bagi konsep yang berbeza. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=set+atas dan   boleh menghubungi Ketua Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk maklumat lanjut.
Penyemakan dan penterjemahan05.08.2014
Ingin tahu ejaan yang betul untuk: 1) insya allah. Perlu didekatkan atau jarak? 2) hamba-hamba Ku. "Ku" merujuk kepada Tuhan. Perlu dijarak atau didekatkan perkataan "Ku"? 3) Tuhan ku. "Ku" merujuk kepada aku. Perlu dijarak atau didekatkan? Sekia, terima kasih.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah : i. insya-Allah ii. hamba-hamba-Ku iii. Tuhanku

Ejaan08.11.2010
Bolehkah saya tahu istilah "round robin format", "peer review" dan "double-blind peer review" dalam istilah BM?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

i.  round robin format - format pusingan robin (dalam bidang Sukan, istilah bahasa Melayu yang digunakan untuk "round robin" ialah tanding padan gilir)

ii. peer review - kajian semula setara/tinjauan semula setara

iii. double-blind peer review - kajian semula setara dua pihak/tinjauan semula setara dua pihak (istilah bahasa Melayu yang lain untuk "double-blind" ialah dwibuta dan buta duaan)

Istilah28.11.2016
1234

Kembali ke atas