Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tahu (kata kerja)
1. Bersinonim dengan maklum: faham, mengerti, mengetahui, sedar, mengakui, enga,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan kenal: cam, ingat, mengenal pasti,

3. Bersinonim dengan mengambil peduli: mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan, mengambil hirau, mengacuhkan, mengambil berat, mengambil tahu, mengambil pusing,
Berantonim dengan membiarkan

Kata Terbitan : tahu-tahu, mengetahui, ketahuan, berketahuan, pengetahuan, berpengetahuan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Asalamualaikum DBP. apakah kategori perkataan 'tahu'? saya rujuk dalam Tatabahasa Dewan tentang 'tahu', katanya 'tahu' ialah kata kerja. Tetapi dalam ayat di bawah, susunan perkataan 'tahu' adalah betul iaitu di depan kata kerja 'bercakap'. Tetapi apa yang saya tahu, dalam 1 ayat tidak boleh ada 2 kata kerja. Jadi tolong terangkan apakah golongan kata 'tahu' tersebut. 'saya tahu bercakap bahasa Melayu'.Berdasarkan rujukan kami,  perkataan tahu merupakan kata kerja.Tatabahasa10.11.2017
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula.

Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar.

Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat.    

Makna10.01.2008
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih.Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan  kata  hubung pancangan keterangan.Tatabahasa24.06.2013
1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul?1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa05.06.2010
Hai, saya sedang mengumpulkan data untuk latihan ilmiah. Boleh saya tahu: 1. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Hot and Spicy"? 2. Yang manakah perkataan tepat untuk "lapangsasar" atau "lapang sasar"? 3. Adakah ayat ini betul "Dilarang masuk tanpa pihak berkebenaran"?
  1. Padanan terjemahan yang sesuai digunakan bergantung pada konteks dan penggunaan ayat ialah “Pedas dan Berempah”
  2. Perkataan yang betul ialah “lapang sasar”.
  3. Ayat yang betul ialah “Dilarang masuk tanpa kebenaran”.

Penyemakan dan penterjemahan26.06.2022
Saya telah mengajukan soalan ini namun jawapan yang diberi tidak menjawab soalan saya. Saya ingin tahu: 1. Awak berdua/Kamu berdua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? 2. Awak semua/Kamu semua - Kedua-duanya boleh diterima, atau ada yang salah? Sebabnya, dalam Khidmat Nasihat, ada jawapan yang mengatakan "awak berdua" adalah salah, yang betul adalah "kamu berdua". Jawapan lain pula mengatakan "awak semua/Kamu semua" kedua-duanya betul. Ini menyebabkan kekeliruan.
Kamus Dewan menakrifkan kata Awak dan kamu ialah kata ganti nama diri kedua sama seperti engkau. Walau bagaimanapun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan taraf. Contoh ayat ialah:
  • "Di manakah kamu/awak bersekolah?"
  • "Simpan alat muzik kamu/awak dengan baik"
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, puan bolehlah merujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa28.06.2021
SALAM.... SAYA INGIN BERTANYA TENTANG PERKHIDMATAN TRANSLATE SIJIL IJAZAH DARI BAHASA INDOSEIA KPD ENGLISH ? BOLEH SAYA TAHU : 1) DENGAN SIAPA SY DAPAT HUBUNGI DAN BAGAIMANA CARANYA 2) TEMPOH MASA YANG DIPERLUKAN UNTUK SIAP TERIMA KASIHUntuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan30.10.2020
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ali memberi kucing makan. 

b. Ali memberikan makanan kepada kucing.


2. Kedua-duanya boleh digunakan. Lazimnya menggunakan mari menyanyi.

Tatabahasa11.09.2017
selamat sejahtera, saya ingin tahu 1) maksud perkataan MENGGANDINGI.. ianya sempena Hari Kastam Sedunia,, saya nampak perkataan ini digunakan.. 2) adakah penggunaan perkataan ini betul?Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2005) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), tidak merakamkan kata "menggandingi" dan maknanya.

Kata yang terakam ialah kata ganding1, berganding, bergandingan, mengganding, menggandingkan, mempergandingkan, gandingan, pengganding, dan seganding.
Turut dirakamkan kata ganding2 (tumbuhan) dan ganding3 (berlabel Minangkabau).

Untuk maklumat berkenaan makna dan contoh penggunaan kata tersebut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP (halaman 622-623).
Makna24.01.2024
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat?Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat:  kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa.



Sastera06.04.2013
12345678910...

Kembali ke atas