Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : Mn; bertahun bertanam padi, bersawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.hun] | تاهون

Definisi : 1 masa yg lamanya dua belas bulan: Umurnya belum dua belas ~. 2 angka yg menyatakan tarikh: Saya dilahirkan dlm ~ 1970. ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti dsb: Program lepasan ijazah itu mengambil masa dua ~ akademik. ~ baru a. tahun yg baru. b. hari pertama dlm satu-satu tahun. ~ cahaya jarak atau jauh yg dijalani (dilalui) oleh cahaya dlm satu tahun. ~ depan tahun yg akan datang. ~ fiskal jangka masa 12 bulan yg digunakan oleh dunia perniagaan atau pemerintah utk tujuan belanjawan (pengiraan cukai, urusan pembayaran dsb). ~ Gajah tahun berlakunya pe­r­­istiwa serangan tentera bergajah ter­hadap Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. ~ Hijrah tahun yg dikira dr tarikh perpindahan Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah. ~ kalendar tempoh masa satu tahun, dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama. ~ lompat tahun yg terdiri drpd 366 hari (terdapat sekali pd tiap-tiap 4 tahun). ~ Masihi tahun yg dikira dr tarikh lahir Nabi Isa a.s.. bertahun-tahun beberapa tahun lama­­nya: Sudah ~ dia pergi merantau di negeri orang. me­nahun 1 tinggal atau menetap hingga setahun atau beberapa tahun. 2 lama menderita (penyakit). 3 lama benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahun

Puisi
 

Pagi hari mandi di perigi,
     Mandi di sana banyak juga;
Kalau tidak dapat tahun ini,
     Tahun depan kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Ibarat negeri berubah rasam;
     ibarat tahun berubah musim.

Bermaksud :

Orang yang tidak tetap kedudukannya. rasam = adat, kebiasaan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Apakah terjemahan yang sesuai untuk "rolling year"? Tahun bergulir, tahun berguling, tahun bergulung, tahun bergerak, tahun pusingan, tahun berpusing, tahun selanjar? Adakah apa-apa istilah khusus yang digunakan oleh industri perbankan/kewangan atau agensi kerajaan yang merujuk "rolling year"? Antara definisi yang ditemui di internet: Rolling year means the 12-month period measured backward from a particular given date. A rolling year is a period of 12 months that begins and ends on a set day. A rolling year is today and the 364 immediately-preceding days – updated daily. Terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi "rolling year" ialah tahun pusingan.Penyemakan dan penterjemahan19.07.2021
Adakah boleh menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas sepertimana kita sering merujuk tahun 1990-an?Selamat pagi
Pihak cik/puan menggunakan tahun 2000-an bagi merujuk tahun-tahun 2000 ke atas.
Lain-lain20.06.2016
Seperti di tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun adalah seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%).Seperti pada tahun-tahun yang lepas, majoriti pengidap baru HIV merupakan mereka di dalam kumpulan umur muda iaitu 20 hingga 49 tahun; 93% (435). Mengikut pembahagian kumpulan umur, 20-29 tahun seramai 124 orang (27.0%), 30 hingga 39 tahun seramai 243 orang (52.1%), dan 40 hingga 49 tahun seramai 68 orang (14.6%). Tatabahasa14.12.2011
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang.Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. 

Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.
Tatabahasa02.01.2013
Yang Yang Oct 6th, 4:33pm Boleh tanya tentang perkataan ini : selamat tahun baru cina dan tahun baru sudah sudah di tukar kepada selamat tahun Baharu Tahun Cina, Tahun Baharu?Ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" kedua-duanya adalah betul. Bagi menjawab pertanyaan saudara, baru kebiasaannya merujuk kepada masa. Bagi membantu saudara memahaminya, dalam bahasa Inggeris kata just digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, Dia baru tiba dari Kuala Lumpur. Kata baharu pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah new, contohnya, buku baharu dan kereta baharu.Istilah06.10.2015
Sebutan untuk [tahun 1959] ialah "tahun sembilan belas, lima puluh sembilan", sementara sebutan untuk [tahun 1400] ialah "tahun seribu empat ratus". Adakah [tahun 1959] boleh disebut sebagai "tahun sembilan belas ribu lima puluh sembilan" dan [tahun 1400] disebut sebagai "tahun empat belas kosong kosong"? Sekiranya boleh/ tidak boleh, apakah hukum/ prinsip/ kaedahnya? Tenaga pengajar bahasa Melayu memberitahu pelajar China bahawa tahun 2000-2019 akan disebut dengan "tahun dua ribu, dua ribu sembilan belas" sementara bermula tahun 2020, ia akan disebut sebagai tahun dua puluh dua puluh. Adakah ini benar? Sekiranya benar, apakah prinsip/ hukum/ kaedah penggunaan ini? Sekian, terima kasih.Soalan puan telah disalurkan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa untuk tindakan selanjutnya dan pihak Bahagian Penyelidikan Bahasa akan memberikan maklu balas melalui e-mel puan dalam masa terdekat.Penyelidikan02.03.2024
(A) daripada 10 tahun hingga 15 tahun (B) dari 10 tahun hingga 15 tahun Frasa manakah yang betul dan mengapa?Jawapan yang betul ialah "... dari 10 tahun hingga 15 tahun."
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "dari" merupakan sendi kata yang menerangkan atau menya­takan permulaan sesuatu jangka waktu.

Lain-lain16.04.2023
Penggunaan yang mana yang BETUL: 1) Tahun 2024 atau tahun 2024? (ditulis dalam perenggan bukan tajuk program) 2) TAKLIMAT PENGURUSAN DBP TAHUN 2024 atau Taklimat Pengurusan DBP 2024? (tajuk program) 3) tahun depan atau tahun hadapan atau tahun 2024?Cara penulisan yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ejaan "Tahun 2024" ditulis menggunakan huruf besar jika terletak pada awal ayat, manakala "tahun 2024" ditulis menggunakan huruf kecil apabila berada di tengah atau di akhir ayat. 2. "TAKLIMAT PENGURUSAN DBP 2024" dan "Taklimat Pengurusan DBP 2024", kedua-dua teks boleh digunakan dalam penulisan tajuk program. 3. "tahun depan, "tahun hadapan" dan "tahun 2024" boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat.

Tatabahasa31.10.2023
salam berkenaan Biasiswa Sarjana Tun Syed Nasir, adakah biasiswa sarjana ini baru diperkenalkan pada tahun ini, apa yang saya tahu, tahun-tahun sebelum ini biasiswa ini hanya dibuka kepada calon ijazah sarjana muda sahaja, dan adakah biasiswa sarjana ini akan dibuka setiap tahun. Terima kasih.Untuk maklumat lanjut tentang tawaran biasiswa ini, sila hubungi Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP di talian 03-21479000 atau kemukakan e-mel pertanyaan kepada Ketua Bahagian, Encik Azhar Mohamad Dora melalui azhar@dbp.gov.my.Lain-lain21.09.2014
Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih.Penggunaan perkataan baru pada Tahun Baru atau Tahun Baharu. Terima kasih.
Kedua-dua frasa "Tahun Baru" dan "Tahun Baharu" digunakan kerana dianggap varian ejaan iaitu kedua-dua baharu dan baru boleh merujuk new dalam bahasa Inggeris.
Tatabahasa31.12.2013
12345678910...

Kembali ke atas