Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahunan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul penggunaannya? 1) Rancangan Pelajaran Tahunan, 2) Rancangan pelajaran tahunan, 3) Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia. 4) Rancangan pelajaran tahunan bagi Bahasa Malysia.Sebagai nama khas yang betul ialah Rancangan Pelajaran Tahunan. 2. Rancangan Pelajaran Tahunan Bahasa Malaysia   Ejaan24.10.2008
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP.
2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka.
5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP.
6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ...
7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri.
Tatabahasa09.08.2018
Salam. Mohon bertanya, yang mana satu betul? 1) Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama 2) Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Terima kasih.Tajuk yang betul ialah Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama. (Nombor satu hingga sembilan perlu dieja) manakala angka 10 dan seterusnya dalam tulisan nombor. Sekian, terima kasih.Tatabahasa31.10.2019
Tuan, Saya ingin mendapatkan pengesahan penggunaan ayat yang betul. Soalan 1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-57 MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA atau MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57 Soalan 2 kata-kata aluan atau kata alu-aluan Terima kasih di atas perhatian tuan.1. MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA KE-57

2. Frasa yang betul ialah kata alu-aluan.
Tatabahasa22.04.2016
1. Dua orang guru yang terlibat dalam aktiviti ini. (Adakah ayat ini tergantung?) 2. Murid ini melampau aktif. (perkataan 'melampau' boleh digunakan ataupun perlu ditukar kepada 'terlampau?) 3. Guru telah menyediakan rancangan pelajaran tahunan atau Rancangan Pelajaran Tahunan? 4. Murid A memperoleh 70 markah. Murid B memperoleh 72 markah. Kedua-dua orang murid ini.....(Bolehkah saya gunakan 'ini' atau perlu ditukar kepada '...murid tersebut'?) 5. Guru mengajarkan ilmu Matematik kepada murid. (Betulkah penggunaan kata kerja 'mengajarkan' di dalam ayat ini?) 6. 'dalam kalangan' atau 'di kalangan' yang betul atau lebih sesuai digunakan?

1. Ayat tak lengkap.

2. Perlu ditukar menjadi - Murid ini terlampau aktif

3. Guru telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan.

4. Perlu ditukar menjadi - kedua-dua orang murid tersebut.

5. Penggunaan mengajarkan dalam ayat tersebut adalah betul.

6. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa11.09.2008
Apakah maksud bahan almanak dan direktori?

Sekiranya sdr merujuk Kamus Dewan, kata almanak ialah 1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.

2.   Kata direktori ialah fail yang mengandungi maklumat spt nama, sifat, dan kedudukan fail yang terkandung di dalam cakera.

Makna19.06.2009
Adakah ayat ini gramatis? Jika tidak, tolong betulkan ayat ini. 1.Kedua-dua guru bahasa Inggeris telah mengemas kini Rancangan Pelajaran Harian. 2.Rancanga Pelajaran Tahunan dan Rancangadn Pelajarian Harian telah diseiakan dengan kemas kini oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Ayat pertama betul. Cadangan untuk ayat kedua ialah 'Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian telah disediakan oleh guru berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran.Tatabahasa05.12.2008
Mohon kelulusan input banner berikut : JOM RAYA JOM SIMPAN SSPN-i Plus Daftar online hari ini : www.lovesspn.com 1 Tabungan 4 Keistimewaan PERCUMA RM50* JADI MILIK ANDA! Hadiah Lumayan Untuk Dimenangi Cabutan Wow! Tahunan Tempoh Promosi : 1 Julai 2016 - 30 Jun 2017 Cabutan #JomRayaJomSimpan Tempoh promosi : 11 Jun 2017- 10 Julai 2017 Cenderahati menarik menanti mereka yang layak! Di Cawangan PTPTN terpilih selagi stok masih ada Hubungi 03-2193 3000 www.ptptn.gov.my #LoveSSPNPermohonan iklan boleh dibuat melalui http://dbpsahbahasa.my/
Sekian terima kasih
Lain-lain08.06.2017
penggunaan perkataan dari dan daripada. contoh: menerima kenaikan gaji tahunan secara biasa daripada P1 RM 1,268.43 kepada P1 RM 1,363.43 mulai 01 April 2014. adakah ayat di atas betul dengan penggunaan perkataan daripada??Ayat yang diberi adalah betul.Lain-lain09.07.2014
Saya ingin bertanya tentang penerbitan DBP. Adakah DBP menerbitkan laporan tahunan? Jika ya, saya ingin memohon 1 salinan untuk rujukan pengguna dia institusi kami. Terima kasih.Puan boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP iaitu Tuan Haji Razali bin Che Mat melalui talian 03-2147 9464 atau e-mel razali3@dbp.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain19.06.2017
12

Kembali ke atas