Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tahunan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
almanak1. kalendar tahunan yg mengandungi senarai hari bulan dgn maklumat lain (spt terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan, dll); ~ nautika buku tahunan yg memberikan maklumat tentang bulan, air pasang surut, matahari dsb; 2. buku yg berisi penanggalan (daftar hari bulan) dan karangan yg perlu diketahui umum.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahunan1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
tahun I1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
festival(féstival)1. kegiatan berupa kempen (promosi, pertandingan, dll) secara bersiri, biasanya secara tahunan, dgn konsep dan tujuan yg tersendiri, pesta: F~ Filem Malaysia ke-11; 2. perayaan keagamaan (kebudayaan dsb) sesuatu kaum sempena menyambut sesuatu peristiwa dsb, pesta: F~ Kuih Bulan.Kamus Dewan Edisi Keempat
susut nilai1 turunnya atau ber­kurangnya nilai sesuatu disebabkan faktor masa, mutu barangan dsb: ~ pd harta tetap dihitung dgn cara dan kadar tahunan. 2 merosot atau jatuh nilai sesuatu disebabkan oleh sesuatu faktor: Jika mata wang mereka ~, harga barangan mereka juga akan turun. menyusutnilaikan menjadikan atau menyebabkan sesuatu susut nilai: Tempoh lima tahun telah ditetapkan bagi ~ harta tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
maklumat1. makluman, pemberitahuan, pengumuman: ~ akan diberikan di dlm risa-lah; 2. keterangan, butir-butir: ~-~ mengenai angkatan perang telah sampai ke Yedo dr Okinawa; 3. pengetahuan: utk ~ ahli-ahli saham syarikat, mesyuarat agung tahunan ditangguhkan; memaklumatkan memberitahukan, memak­lumkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
julat1. sl ukuran panjang (masa) yg tidak tentu besarnya (lamanya); se~ perahu se­panjang perahu; 2. lingkungan antara dua had (yg dinyatakan dgn angka): ~ suhu tahunan Malaysia adalah antara 27°C hingga 32°C; menjulat 1. mencapai sejauh; 2. menjulang (api dll), menjilat; penjulat alat pd senapang, kamera dsb yg menentukan jarak sasaran atau objek dr pe­nembak, jurufoto dsb; sepenjulat sejauh; ~ mata sejauh mata me­mandang; ~ peluru meriam sejauh peluru meriam boleh sampai.Kamus Dewan Edisi Keempat
hadiah1 apa-apa yg diberikan kpd seseorang kerana menghargai jasanya, sbg kenang-kenangan dll: Dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya. 2 upah atau ganjaran kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan dsb: Pemenang dlm perlumbaan itu diberi ~ sebuah piala perak. ~ Nobel hadiah tahunan kerana sumbangan yg istimewa dlm lapangan perubatan, kesusasteraan, ekonomi dll. ~ sagu hati hadiah atau ganjaran yg diberikan kpd peserta-peserta yg kurang bernasib baik. menghadiahi memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hadiah1. apa-apa yg diberikan kpd seseorang kerana menghargai jasanya, sbg kenang-kenangan dll: Dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya. 2. upah atau ganjaran kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan dsb: Pemenang dlm perlumbaan itu diberi ~ sebuah piala perak. ~ Nobel hadiah tahunan kerana sumbangan yg istimewa dlm lapangan perubatan, kesusasteraan, muzik dll. ~ sagu hati hadiah atau ganjaran yg diberikan kpd peserta-peserta yg kurang bernasib baik. menghadiahi memberikan hadiah kpd; memberi seseorang hadiah: Dia ~ isterinya sejambak bunga. menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah: Mereka telah ~ sebuah jam tangan kpd ketua mereka yg akan bersara.Kamus Pelajar
cuti1 hari dibebaskan drpd bekerja; hari kelepasan: Hari Maulud ialah hari ~ bagi seluruh negara. 2 tempoh dibebaskan drpd bekerja (bersekolah dll): ~ Hari Raya; ~ Krismas. 3 kebenaran utk tidak hadir bertugas: Beliau telah memohon ~ selama sepuluh hari. 4 tempoh atau lama­nya seseorang dibenarkan tidak hadir bertugas: Bagi tahun ini, ~nya tinggal tiga hari saja lagi. ~ am hari kelepasan umum bagi seluruh negara, spt Hari Raya Puasa, hari Krismas. ~ sakit (doktor) cuti kerana sakit (atas nasihat doktor). ~ tahunan cuti yg dibenarkan pd tiap-tiap tahun. bercuti tidak bekerja kerana mengambil cuti atau kerana mendapat kebenaran (utk berehat dll): Beliau akan ~ selama sebulan mulai hari Isnin depan. pecuti orang yg bercuti.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas