Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tai.pan] | تاءيڤن

Definisi : yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taipan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAIPAN

Taipan ialah ular yang paling besar dan berbisa

yang paling ditakuti di Australia. Taipan adalah

antara ular yang paling membawa maut di dunia. Ia

boleh membesar lebih daripada tiga meter

panjangnya, tetapi kebanyakannya kurang daripada

dua meter panjangnya. Taipan berwarna perang

pekat hingga hampir hitam di bahagian atasnya dan

berwarna krim atau kuning berbintik-bintik jingga di

bahagian bawahnya. Ia hidup di New Guinea dan di

kebanyakan bahagian di Queensland dan di Arnhem

Land di Australia. Ia didapati di pelbagai tempat,

dari hutan pantai hingga ke pedalaman yang

kontang. Seperti ular perang, tetapi tidak seperti

lain-lain ular berbahaya di Australia, taipan bertelur.

Ia memakan terutamanya reptilia dan mamalia kecil.

Pengelasan saintifik. Taipan tergolong dalam famili

Elapidae. Ia adalah Oxyuranus scutellatus .

UMUM 

Kembali ke atas