Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taj] | تاج

Definisi : Ar mahkota; T~ul-Salatin mahkota segala raja (tajuk buku); taju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata taj


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SUBKIY, TAJ AL-DIN AL-

Subkiy, Taj al-Din al- (727–771 H. / 1327–1370

M.), ahli sejarah yang ulung, yang sangat mahir

dalam ilmu fiqh dan usul fiqh al-Syafi’i. Nama

penuhnya ialah ‘Abd al-Wahab ibn Ali ibn ‘Abd al-

Kafiy al-Subkiy. Al-Subkiy diambil sempena nama

Subuk, iaitu salah sebuah perkampungan dalam

wilayah al-Manufiah di Mesir. Al-Subkiy juga adalah

saudara kandung Baha al-Din. Di digelar sebagai

Ketua Kadi Taj al-Din. Al-Subkiy lahir di Kaherah dan

menuntut ilmu daripada alim ulama di sana.

Kemudian, dia mengembara ke Damsyik bersama

ayahnya. Di Damsyik, al-Subkiy menuntut ilmu

daripada ulama-ulama besar antaranya ialah ayahnya

sendiri Ali ibn ‘Abd al-Kafiy, al-Hafiz al-Mazziy dan

al-Dhahabiy. Shamsu al-Din ibn al-Naqib telah

mengizinkannya untuk mengeluarkan fatwa.

Walaupun ketika itu usianya belum mencapai 18

tahun, al-Subkiy telahpun mengeluarkan fatwa.

Jawatan terakhir yang disandang ialah ketua kadi di

Syam. Dia telah mengarang beberapa buah kitab.

Antaranya ialah Sharh Mukhtasar Ibn al-Hajib, Sharh

Minhaj al-Baydawiy tentang Usul Fiqh yang

dinamakan al-Ibhaj Sharh al-Manhaj, Al-Qawa‘id al-

Mushtamalah ‘ala al-Ashbah wa al-Naza ‘ir Tabaqat

al-Shafi‘iyyah al-Kubra wa al-Wusto wa al-Sughra-al-

Tarshih fi-Ikhtiyarat Walidihi Jam‘u al-Jawami` Fi Usul

al-Fiqh dan syarahnya dinamakan Man‘a al-Mawani’.

Al-Subkiy meninggal dunia di Damsyik.

UMUM 
TAJ MAHAL

Taj Mahal ialah salah satu daripada makam yang

tercantik dan termahal di dunia. Maharaja India,

Shah Jahan memerintahkan pembinaan makam

untuk memperingati isteri yang dikasihinya, Mumtaz

Mahal yang meninggal dunia pada tahun 1629.

Makam ini terletak berhampiran bandar raya Agra

di bahagian utara India, di sebelah selatan tebing

Sungai Jumna. Lebih kurang 20 000 orang pekerja

telah diambil untuk membinanya dan ia telah

disiapkan selepas lebih kurang 20 tahun, iaitu kira-kira

pada tahun 1650.

UMUM 
KITAB TAJ MULUK

KITAB TAJ MULUK, kitab rujukan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit. Kitab ini mempunyai judul yang lengkap sebagai Taj al-Muluk al-Mursa b Anwai al-Durri wa al-Jawahiri al-Manzumat yang bererti ’mahkota segala raja-raja yang bertatah mutiara maknikam yang tersusun’.

BUDAYAKitab
MUNAWIY, MUHAMMAD AL-

Munawiy, Muhammad al- (952 H.–1031 H./

1554 M.–1622 M.), pakar bahasa yang mahir dalam

pelbagai bidang ilmu. Nama penuhnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd al-Ra’uf Taj al-‘Arifin. Dia

banyak melakukan kajian dan penulisan sehingga

jatuh sakit dan tidak berdaya. Anaknya, Taj al-Din

Muhammad menyambung tugasnya dengan

menulis hasil karyanya. Al-Munawiy menetap di

Kaherah dan meninggal dunia di sana. Dia berjaya

menghasilkan kira-kira 80 buah buku. Antaranya

ialah Kunuz al-Haqa’iq, Fayd al-Qadir, Sharh al-Jami‘

al-Saghir, Mukhtasar al-Taysir, Sharh Shama’il al-

Tarmidhiy, Sirah ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz, Sharh

Alfiyyah al-‘Iraqiy, Sharh al-Qamus al-Muhit dan

lain-lain lagi.

UMUM 
SHAH JAHAN

Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima

empayar Mughal di India. Baginda menjadi

pemerintah pada tahun 1627. Ketika

pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam

zaman keemasan, dengan bilik kebal yang

dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah

dan mengagumkan.

     Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya

yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih

yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di

Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah

membina sebuah istana yang amat hebat dan luar

biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan

lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan

empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami

kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah

dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak

tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan.

Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi

masalah, dan seorang daripada puteranya telah

merampas takhta daripadanya.

UMUM 

Kembali ke atas