Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tajam pisau kerana diasah.

Bermaksud :

Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
acuteadj 1. keenly perceptive, shrewd, tajam + approp n: an ~ critic, seorang pengkritik yg tajam kritikannya; an ~ businessman, ahli perniagaan yg tajam perkiraannya; 2. sensitive, keen, tajam: an ~ sense of smell, deria bau yg tajam; ~ hearing, pendengaran yg tajam; 3. critical, genting, runcing: an ~ shortage of steel, masalah kekurangan keluli yg genting; 4. intense, amat sangat: ~ distress, kesedihan yg amat sangat; ~ pains in the chest, rasa sakit yg amat sangat di dada; 5. (of illness) akut, mendadak: ~ appendicitis, apendisitis akut; an ~ attack of pneumonia, serangan pneumonia yg mendadak; 6. ( math) a. (of angle) tirus: ~ angle, sudut tirus; b. (of triangle) bersudut tirus.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incisiveadj tajam; (of analysis, assessment, etc) jitu: an ~ remark, kata-kata yg tajam; a clear and ~ style of writing, gaya penulisan yg jelas lagi tajam; ~ wit, akal yg tajam; in an ~ tone of voice, dgn nada suara yg tajam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sharpadj 1. not blunt, tajam: the edge of the blade is very ~, mata pisau itu sangat tajam; 2. pointed, tapering, tajam: the aeroplane has a ~ nose, kapal terbang itu bermuncung tajam; her ~ fingernails left marks on his face, kukunya yg tajam meninggalkan bekas pd muka lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
eagle-eyedadj tajam /penglihatannya, matanya/, bermata tajam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trenchantadj bold, effective and cutting, tajam: ~ comments about the author’s latest book, komen yg tajam ttg buku mutakhir pengarang itu; he is noted for his ~ wit, dia terkenal krn akalnya yg tajam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keenadj 1. having sharp edge, sharp, tajam: a ~ sword, sebilah pedang yg tajam; the ~ edge of a razor, mata pisau cukur yg tajam; 2. (of sound) nyaring, membingitkan; 3. (of smell) menusuk hidung,Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hairpinn 1. U-shaped hair clip, cucuk /rambut, sanggul/; 2. (of bend in a road) tajam: ~ bend, selekoh tajam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
edgen 1. cutting part of blade,mata: the ~ of a knife, mata pisau; have a /good, sharp/ ~, tajam (matanya), (bermata) tajam; have /a bad, no/ ~, tumpul (matanya), (bermata) tumpul: this knife has no ~ on it, pisau ini tumpul; 2. fringe, a. (of forest, jungle) pinggir, tepi; b. (of cliff, table, deck, etc) tubir, tepi; 3. (rim of coin, plate, etc) tepi; 4. (of water) gigi; 5. (of book) tubir;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pointedadj 1. having a sharp end, tajam: a ~ stake, kayu pancang yg tajam; 2. tapering to a point, (of nose) mancung; (of fingernails) runcing; (of ears) telinga kucing, lambing; (of jaws) runcing; 3. sharp, unfavourable, pedas: she passed a ~ remark about their behaviour, dia mengeluarkan kata-kata pedas ttg perangai mereka; 4. (of wit) incisive, tajam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perceptiveadj tajam daya /tanggapan, persepsi/, perseptif: a sensitive and ~ architect, arkitek yg sensitif dan tajam daya tanggapannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas