Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1. mudah memotong (mengerat, menghiris, melukai), mudah makan (pisau dll), lwn tumpul: parang yg ~; 2. runcing hujung­nya, lancip: paku yg ~; 3. dapat melihat (men­dengar, merasai, dll) dgn cepat atau dgn cekap: dgn menggunakan pendengarannya yg ~ sbg orang gunung, Rijnhaard dapat meng­gesek biola spt bapanya itu; 4. mudah me­nang­kap atau mengerti (akal, fikiran), pin­tar, cerdik: ~ juga otak budak sekolah menen­gah ini; 5. kelihatan garang atau galak (pan­dangan, air muka): ia memerhati dgn pan­dangan yg ~; 6. keras atau pedas (kritikan, teguran, sindiran, dll): walaupun mulut Mak Siti itu ~ dan perkataannya pedas-pedas, hatinya baik juga; 7. boleh menyakiti (sabun, asap, asid, dll), dapat melukai: walaupun matanya tertutup oleh asap itu tiada sekali juga dikejapkannya, seakan-akan tidak pedih rasanya kena asap yg ~ itu; 8. menjadi genting, memuncak: pertelingkahan antara mereka semakin hari semakin ~; 9. kuat, ber­pengaruh: budi bahasa yg baik ialah satu drpd daya penarik yg ~ bagi pekedai; 10. jelas, ketara: ketidaksamaan taraf sosio­ekonomi akan memperlihatkan perbezaan yg ~ antara sektor; ~ akal = ~ fikiran pintar, cerdik; ~ mata lekas dapat melihat; ~ mulut suka mengeluar­kan kata-kata yg pedas; ~ pendengaran lekas dapat mendengar; berapakah ~ pisau parang ~ lagi mulut ma­nu­sia = keris lembing (pedang) tiada ~, ~ lagi lidah (mulut) manusia prb, kata-kata atau percakapan lebih menyakiti hati orang drpd dilukai dgn senjata tajam; yg ~ tumpul, yg bisa tawar prb, Mn a) kerana berkat ubat atau doa penyakit sembuh; b) kerana per­cakapan yg manis sengketa hilang; menajam menjadi tajam: keningnya ber­kerut dan cemas ~ matanya memandang kpd gadis di sisinya itu; menajamkan menjadikan tajam: pensel itu mesti ditajamkan; dia ~ telinga mendengar-dengar ke tengah rumah dan ke dapur; mempertajam menjadikan lebih tajam: pemakaian bahasa setiap hari dgn sendiri­nya akan ~ perasaan kita terhadap bahasa yg kita pakai; pembacaan yg luas dan men­dalam pasti berfungsi ~ pemikiran; ~ san­ding ki membesarkan perselisihan; adakah duri dipertajam prb a) orang yg cerdik tidak perlu diberi nasihat lagi; b) musuh tidak perlu diberi pertolongan; ketajaman hal atau sifat tajam: ia ber­tambah kagum dan ghairah memikirkan ~ otak gadis itu; penajaman perihal (proses, perbuatan dsb) menajamkan: ~ mata pisau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : ~ damak sj tumbuhan (pokok), cenderai gajah, damak-damak bulu, Grewia latifolia; ~ molek sj tumbuhan (pokok), takam molek, karaes, Baccaurea brevipes. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.jam] | تاجم

Definisi : 1 dpt memotong (menghiris, mengerat dll) dgn mudah; mudah makan (bkn pisau dll): Pisau itu ~. 2 runcing hujungnya; lancip: paku yg ~. 3 dpt mengerti dgn cepat; cerdik; pintar: ~ juga otak budak itu. 4 keras atau pedas (bkn perkataan, kritik dll): Kritiknya sangat ~. 5 kelihatan galak atau garang (bkn pandangan dll): Pandangannya yg ~ menakutkan kanak-kanak itu. 6 dpt melukai atau dpt menyakitkan secara kimia (bkn sabun, asid dll). 7 lekas atau mudah dpt melihat, mendengar dll: haiwan yg ~ pendengarannya. ~ akal cerdik; pandai. ~ mata lekas dpt melihat sesuatu. ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg pedas. menajamkan menjadikan tajam (bkn pisau, parang dll); mengasah supaya tajam. mempertajam menjadikan lebih tajam. ketajaman keadaan atau sifat tajam: ~ pisau; ~ fikiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajam (adjektif)
1. Bersinonim dengan mudah memotong: mudah mengerat, mudah menghiris, mudah makan,
Berantonim dengan tumpul

2. Bersinonim dengan runcing: lancip, cerucup, tuding,
Berantonim dengan pepat

3. Dalam konteks kata-kata
bersinonim dengan keras, pedas, menyakiti hati, menyembilu, bisa, menghiris perasaan, bersanding,
Berantonim dengan lunak

Kata Terbitan : menajamkan, ketajaman,

Puisi
 

Tajam sungguh si buluh gadung,
     Hendaklah ikat bersama tali;
Hancur luluh tulang dan daging,
     Namun kulupa tidak sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Tajam pisau kerana diasah.

Bermaksud :

Jadi pintar (berani) kerana selalu diajar (diasuh).

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
punched-clearpukul tedas tajamSukanTiadaPukul tedas yang tajam untuk menyerang lawan jauh ke belakang gelanggang.
weir, sharp-crestedempang mercu tajamHidrologiTiadaEmpang bermercu mendatar yang tajam dan oleh sebab bentuk sedemikian air yang melaluinya hanya menyentuh bahagian atas puncak itu.
acuteakutPerubatanTiada1. Berkaitan dengan sesuatu keadaan yang muncul secara mendadak atau dalam jangka waktu yang pendek, tetapi biasanya teruk. Bdg. kronik. 2. Berkaitan dengan sesuatu yang tajam, misalnya penglihatan yang tajam
incisioninsisiPerubatanTiada1. Hirisan yang terhasil apabila tisu dihiris dengan alat yang tajam. 2. Proses menghiris tisu dengan alat yang tajam.
spiculespikulBiologiHistologi dan Sitologi1 Jasad tajam seperti jarum kecil, sama ada bersilika atau berbentuk seperti karang yang terdapat pada inverterbrat. 2 Cuaran halus, kecil dan tajam.spikula.
incisioninsisi; goresanPerubatanTiada1. Hirisan yang terhasil apabila tisu dihiris dengan alat yang tajam.,2. Proses menghiris tisu dengan alat yang tajam.
listingmenyenarai; penyenaraian; sengetKejuruteraanTiada1. Papan yang dipakukan dalam rangka atau dipasang dalam syaf.,2. Sisi tajam papan.,3. Operasi membuang sisi tajam papan.,4. Condong ke sisi, atau herot dari penegak, misalnya berkenaan kapal apabila berlaku agihan berat dalam yang tak simetri.
styletstiletBiologiHistologi dan Sitologi1 Apendaj kecil, tajam dan seperti bulu kejur. 2 Bahagian terebra atau sengat yang tidak berpasangan dan terpacak tegak pada selaput stilet. 3 Jari halus bak jarum pada kelisera sesetengah Acarina parasit. 4 Cuaran tajam pada hujung bahagian probosis Metanemertea, yang boleh dibalik-balikkan.
wood connectorpenyambung kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGelang atau plat logam bergigi tajam yang dibenamkan ke dalam bahagian kayu yang hendak disambungkan, seperti pada bahagian sambungan kayu berskru, bagi menguatkan sambungan berkenaan. Gelang dan plat logam ini mempunyai gigi yang tajam bagi memudahkan kerja-kerja menyambung.
Abbevillian tool typejenis alat AbbevillianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat berbentuk seperti buah pear dengan bahagian pangkal belakang yang kasar dan bermata tajam. Artifak ini dihasilkan dengan cara hentakan antara batu api dengan batu pelandas sehingga menghasilkan repihan batu yang besar dengan kesan calar. Kemudian dilakukan perapian pada bahagian tepi. Bahagian pangkal belakang kapak genggam ini tidak dilakukan asahan, kasar dan terdapat kulit batu. Secara keseluruhan, bahagian pangkal belakang ini digunakan untuk memecahkan makanan, sementara bahagian tepi yang tajam digunakan untuk melapah daging buruan. Bahagian mata tajam pula digunakan untuk mencungkil seperti menebuk lubang pakaian dan mengorek lubang tanaman. Budaya Abbeville terkenal dengan tradisi alat batu kapak genggam.
12345678910...

Kembali ke atas