Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ji] | تاجي

Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipa­sang pd susuh ayam; ~ golok taji yg di­pasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuk­nya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb peri­hal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera ber­paling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus nerii­folius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, me­nusuk dgn taji atau dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Selera bagai taji,
     tulang bagai kanji.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
cockspurn spur on leg of a cock, taji ayam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spur 2. stimulation, pendorong, penggalak: ambition was the ~ that drove him to work even harder, cita-citanya merupakan pendorong yg membuat dia bekerja lebih keras; 3. projection on a cock’s legs, susuh, taji;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas