Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ji] | تاجي

Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipa­sang pd susuh ayam; ~ golok taji yg di­pasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuk­nya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb peri­hal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera ber­paling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus nerii­folius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, me­nusuk dgn taji atau dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Selera bagai taji,
     tulang bagai kanji.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
calcaneum spurtaji kalkaneumtaji kalkaneumtaji kalkaneumPerubatan
internal spurtaji dalamantaji dalamantaji dalamanVeterinar
heel spurtaji tumittaji tumittaji tumitPerubatan
calcartajiTiadatajiBiologi
hookbeting tajiTiadabeting tajiGeografi
spider gearroda gigi laba-labagear tajigear tajiKejuruteraan Automotif
internal spur gearroda-gigi lurus internalgear taji dalamgear taji dalamKejuruteraan
internal spur gearroda-gigi lurus internalgear taji dalamgear taji dalamKejuruteraan
calcaneal spurtaji kalkaneumspur kalkaneumspur kalkaneumPerubatan

Kembali ke atas