Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ji] | تاجي

Definisi : = ~ ayam susuh buatan (drpd besi, tembaga, dll) yg dipasang pd kaki ayam sabungan; ~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipa­sang pd susuh ayam; ~ golok taji yg di­pasang pd kais ayam (bermacam-macam bentuk­nya); berombong ~ memakai taji (ayam sabungan); membulang ~ mengikat atau melekatkan taji pd kaki ayam sabungan; penggabus ~ alat tempat memasang taji (pd kaki ayam); tuntung ~ hujung taji yg tajam; spt ~ dibentuk ki bentuk alis atau kening yg cantik; duduk diambung-ambung ~ prb peri­hal seseorang yg senantiasa dlm kerunsingan; bertaji memakai taji (ayam sabungan); belum ~ hendak berkokok prb belum berilmu apa-apa sudah hendak mengagungkan diri; menaji menikam, mencucuk, menusuk dsb dgn taji atau dgn benda tajam: dia segera ber­paling ke belakang utk ~ Sang Jebat tetapi ditahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kayunya elok utk perabot rumah dan daunnya boleh dibuat ubat), jati bukit, sentada, Podocarpus nerii­folius. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ji] | تاجي

Definisi : 1 susuh buatan drpd besi dll yg dipasang pd kaki ayam sabungan. 2 sesuatu (alat dsb) yg menyerupai taji 1. menaji menikam, mencucuk, me­nusuk dgn taji atau dgn benda tajam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taji (kata nama)
Bersinonim dengan susuh, jalu, pacu, sungga;,
Kata Terbitan : bertaji,

Puisi
 

Ayam siapa nampak rabun,
     Taji bisa macam racun;
Sungguh songket bunga bertimbun,
     Bukan boleh tahan bertahun.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Selera bagai taji,
     tulang bagai kanji.

Bermaksud :

Orang yang bodoh dan malas bekerja, tetapi banyak makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spurtajiTeknikElektrikLitar tambahan yang disuap dari litar gelang utama. Taji mungkin berupa soket alur keluar atau alat pegun. Bilangan soket alur keluar taji atau alat pegun taji tidak boleh melebihi jumlah bilangan soket alur keluar atau kotak taji berfius yang terdapat dalam litar gelang tersebut. Taji boleh disambung dari kotak simpang litar gelang, soket alur keluar litar gelang atau kotak taji berfius.
taji ayam(Baj., Sam.)taji ayam(Baj., Sam.)KesenianTiadaMotif ukiran berunsur haiwan berbentuk taji ayam.
spur boxkotak tajiTeknikElektrikKotak yang digunakan untuk sambungan litar taji ke litar gelang. Kotak ini biasanya mempunyai fius bagi melindungi litar taji tersebut.
internal spur geargear taji dalamKejuruteraanKejuruteraan MekanikRoda gear yang mempunyai gigi gear taji yang dibina di bahagian dalam lilitan bulatan roda gear. Susunan ini membolehkan arah putaran roda gear menjadi sama dengan arah putaran roda gear lain atau pinan yang digandingkan dengan roda gear ini. Gear taji dalam banyak digunakan dalam sistem pacuan enjin dan kotak gear mesin industri.
spur geargear tajiKejuruteraanKejuruteraan MekanikGear pada roda gear bulat dengan gigi gear menyurih garisan lurus yang selari dengan paksi gear. Gear ini merupakan binaan gear yang paling ringkas dan hanya boleh digunakan untuk menyambungkan dua batang aci yang dilengkapi roda gear taji dan paksinya selari antara satu sama lain. Gear ini biasanya terdapat dalam kotak gear yang digunakan untuk menaikkan dan menurunkan kelajuan putaran aci.
spurtajiMekanikGunaanLihat roda.
internal spurtaji dalamanVeterinarTiadaTiada
external spurtaji luaranVeterinarTiadaTiada
apical spurtaji apeksPertanianTiadaTiada
recurved spittetanjung tajiGeografiTiadaTetanjung yang bahagian jauh dari darat melengkung ke dalam disebabkan tindakan ombak.
123

Kembali ke atas