Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : 1. perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak dll), mahkota, patam, jamang; 2. perhiasan kepala drpd karangan bunga yg di­cacak pd rambut atau pd tutup kepala (mah­kota, serban, dll): ~ bunga cempaka dan bunga cina; 3. = ~ perahu kili-kili atau pasak pd tepi perahu; 4. kepala surat (karangan, makalah, dll), judul, mauduk, pokok (per­cakapan): belum lagi diberi ~ utk karangan itu; Hilmy mengubah ~ percakapannya; ~ berita a) serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yg dicetak besar dan tebal di atas halaman surat khabar dsb; b) ringkasan pendek tentang butir-butir berita penting dlm siaran televisyen dan radio; ~ dayung keliti dayung (pd perahu); ~ mahkota a) karangan bunga pd mahkota; b) yg tercinta, yg dikasihi; ~ rencana induk karangan (dlm majalah, surat khabar, dll); ~ surat kepala surat; bertajuk 1. ada tajuknya, memakai tajuk: ia memakai seberhana tubuh, berkain pan­cung, bersebai, berdestar, ~; 2. ada judulnya (karangan dll), berkepala: karangan ini tidak ~; menajuk kelihatan menganjur (tinggi), ter-cacak, terkemuka; mempertajuk sl memberi bertajuk, mema­kai tajuk pd: maka dipertajuk tuan puteri berjerlai-jerlai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : Mn tingkat; bertajuk bertingkat; bertajuk-tajuk bertingkat-tingkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ju/] | تاجوق

Definisi : 1 perhiasan kepala yg dibuat drpd emas (perak, bunga-bungaan dll). 2 sesuatu yg dijadikan nama sesuatu karangan dll; kepala (karangan); judul. bertajuk ada tajuknya atau ada judul­nya: Karangan ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tajuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan mahkota: patam, jamang, tiara, puspa, taj,

2. Bersinonim dengan judul: nama, topik, tema, perkara, subjek,

Kata Terbitan : bertajuk,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tajuk-tajuk berita masakiniPak SakoWatan16.06.1988
Tajuk-tajuk karangan yang popularIlias Haji ZaidiUtusan Malaysia12.05.1984
Komen daripada tajuk-tajuk beritaHantu RayaUtusan Melayu27.09.1982
Dewan Bahasa terbitkan 500 tajuk-tajuk buku pengajian tinggiTiadaUtusan Melayu18.01.1975
Tajuk buku goda pembacaJeniri AmirUtusan Malaysia04.12.2006
Tajuk: sebutan baku bahasa MelayuTiadaBerita Harian23.05.1991
Tajuk serius tidak lakuTiadaBerita Minggu24.12.1989
Tajuk?Uzala, W. SMingguan Perdana21.10.1984
Tajuk utama dan skop ujian lisan bahasa Melayu SPM 1995TiadaWatan20.01.1995
Tajuk pertandingan bahas piala Ketua Menteri diperlukanTiadaPeople's Mirror06.03.1990
1234567

Kembali ke atas