Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taj.wid] | تجويد

Definisi : Ar ilmu (hukum) yg berkaitan dgn lafaz atau sebutan yg betul dan tepat dlm bacaan al-Quran: Haji Saleh diangkat menjadi guru bahagian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taj.wid] | تجويد

Definisi : sebutan atau lafaz yg betul dan sedap didengar (dlm bacaan al-Quran). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tajwid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan istilah bahasa Arab dalam tajwid seperti Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya perlu diitalikkan? Bagaimana pula dengan ejaan huruf Jawi seperti Ro, Hamzah, 'Ain dan sebagainya. Adakah perlu diitalikkan juga?

Istilah bahasa Arab dalam tajwid perlu diitalikkan. Contohnya, Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya.

Untuk ejaan Rumi bagi huruf Jawi juga perlu diitalikkan. Contohnya, ro (ر), hamzah (ء), ain (ع) dan sebagainya.

Lain-lain04.04.2022
Assalamualikum Tuan/Puan Saya juga sedang mencari rujukan berkaitan dengan ejaan hukum - hukum tajwid dalam al-Quran Boleh DBP bantu saya untuk dapatkan rujukan yg betul.. Terima Kasih

Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang.

Lain-lain08.06.2017
apakah maksud tahsihan atau pentahsihan?tahsihan atau pentahsihan (kata dasarnya tahsis) tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ialah tahsin bermaksud hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb; dan tashih yang bermaksud pengesahan.Makna12.10.2007

Kembali ke atas