Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungĀ­kin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tak I

Puisi
 

Nasi tak dingin pinggan tak retak,
     Anak tekukur terbang ke mana;
Orang tak ingin hamba tak hendak,
     Orang tak tegur hamba tak tanya.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Kalau tak sir berdegak,
     sir melayang.

Bermaksud :

Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya. tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.

 

Lihat selanjutnya...(570)


Pantun

PantunSumberTema
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Nasi tak dingin pinggan tak retak, Anak tekukur terbang ke mana; Orang tak ingin hamba tak hendak, Orang tak tegur hamba tak tanya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kami tak tahu padi tak jadi, Beli juga beras perahu; Kami tak tahu orang tak sudi, Balas juga dengan tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pinggan tak retak nasi tak dingin, Rama-rama di punca kain; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Itik-itik apa tak mandi, Kalau mandi kepak tak basah; Cik abang apa tak mari, Kalau mari saya tak marah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Teluk berliku Padang Mengkuang, Serai di dalam buah kepayang; Tengok tak tentu tak puas pandang, Bercerai di dalam berkasih sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Nan tak di landai nan den landai, Nan tak dilandung pandan muda; Nan tak orang rasai nan den rasai, Nan tak rang tanggung den galas pula.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga Cina lah Cina, jambangan Cina, Layu dibungkus kertas, dalam kertas; Sajak rupa tak bena, saya tak bena, Dalam hati tak lepas, haram tak lepas.Pantun Melayu SarawakBergendang
12345678910...

Kembali ke atas