Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bersentuhan dengan: berlanggar dengan, terhantuk, tergesel, tersinggung, tersandung, terlanggar,

2. Dalam konteks sasaran
bersinonim dengan tepat, tidak menyimpang, betul-betul pada,

3. Bersinonim dengan ditimpa sesuatu: dilanda malang

4. Bersinonim dengan menanggung sesuatu: menderita, mengalami,

5. Bersinonim dengan diwajibkan: dimestikan, tidak terkecuali, tidak terlepas, tidak bebas,

6. Bersinonim dengan padan dengan: secocok, sesuai, setimpal, berbaloi, ngacu,

7. Bersinonim dengan terpaksa: harus, perlu, dikehendaki,

Kata Terbitan : mengena, kena-mengena, mengenai, mengenakan, mengena-ngenakan, terkena,

Puisi
 

Tahan bubu di Sungai Dungun,
     Seekor ikan haram tak kena;
Mengapa adik duduk termenung,
     Di manakah tempat abang tak kena.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur,
     makin dalam ia terbenam.

Bermaksud :

Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh.Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/.Makna03.12.2016
Adakah perkataan 'bena' (sekiranya wujud) diterjemahkan daripada perkataan 'banner'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan bena bermaksud (béna) endah, hirau, peduli: janganlah buat tidak ~ kpd budak itu; ~ tak ~ endah tak endah (tidak berapa peduli);membenakan menghiraukan, mengendahkan, mempedulikan: tidak ~ musuh datang.  Manakala perkataan "banner" merujuk pada "kain rentang" iaitu jaluran kain yang panjang, yang direntang melintang atau sepanjang jalan. Oleh itu, perkataan "bena" dan "banner" tiada kena mengena antara satu sama lain.Istilah01.04.2013
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya, apa cara yang betul untuk menulis dialog yang dipetik dalam dialog? Contohnya: "Farah kata "Aku tak mahu lagi dah kena uji macam ni!" pada aku semalam." Adakah contoh ini betul? Kalau salah, macam mana cara yang tepat untuk menulisnya? Terima kasih.

Penggunaan tanda petik pada contoh ayat yang diberikan tidak betul.

Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (“ ”).

Contoh:

“Aku tahu engkau menghina aku apabila kau kata, ‘kerja itu sesiapa pun boleh buat’ semasa makan tengah hari tadi.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125 – 126.

Lain-lain28.09.2023
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah.Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih.Lain-lain27.10.2006
membajak padi betul ke ayat tu? emel ada dash ke tak de? generasi Y , G tu kena huruf besar ke?

Salam sejahtera,

Membajak berasal daripada kata dasar 'bajak' yang bermaksud alat untuk menghancurkan serta menggemburkan tanah; tenggala. Membajak menggemburkan tanah dgn bajak; menenggala. Penggunaan 'membajak padi' adalah salah dan yang sebetulnya ialah membajak sawah.

Ejaan yang betul bagi emel ialah e-mel.

Generasi Y - istilah untuk menggambarkan generasi di banyak negara lahir dari zaman 1980-an hingga tahun 2001. Generasi Y juga dikenali sebagai Generasi Milenium. Istilah ini digunakan dalam demografi, sains politik, dan pemasaran. Cara penulisan yang tepat ialah 'Generasi Y' dan 'Generasi G'. (Kedua-dua permulaannya perlu ditulis dengan huruf besar)

Ejaan04.11.2012
Hutan Hujan Tropika kena guna huruf besar ke untuk setiap pangkal perkataan?Hutan Hujan Tropika  tergolong dalam kumpulan kata nama khas tak hidup.Tatabahasa14.11.2016
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!"Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa25.06.2012
Salam sejahtera, apa bezanya "menggunting" dan "mengguntingkan" ? Macam mana kita dapat tahu bila kena tambah "kan" di belakang dalam ayat, bila tak perlu ya? Contoh: Nabilah mengguntingkan kertas.(Adakah ini betul?) Terima kasih kerana menjawab soalan saya.Perkataan menggunting  bermaksud memotong dengan menggunakan gunting dan perkataan mengguntingkan bermaksud menggunting (kain dan lain-lain) untuk dijadikan sesuatu. Contoh, Ahmad menggunting kertas dan Aini mengguntingkan kain untuk dijadikan baju.Tatabahasa21.08.2022
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap?Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang.Tatabahasa24.03.2012
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phdSemua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan.  Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan.
Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong.
Tatabahasa03.07.2014
123

Kembali ke atas