Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takh­ta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kera­jaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja nege­ri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja ber­semayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.tertarik dengan keindahan atau tertarik oleh keindahan? 2.menaikkan takhta atau menaiki takhta? 3.Saya ingin memohon 100 kesalahan tatabahasa,ejaan dan imbuhan 4.apakah maksud pembaji,saya tidak dapat mencari maksud perkataan ini di carian kata dbp.Untuk soalan 1.:
Kedua-duanya boleh digunakan

Untuk soalan 2.:
Yang betul ialah menaiki tahta

Untuk soalan 3.:
Pihak kami tidak memberikan perkhidmatan sebegini

Untuk soalan 4.:
Pembaji  -->  baji

baji pasak yg runcing hujungnya dan digunakan utk merenggangkan atau utk membelah sesuatu: Kapak ialah contoh ~ yg tepat sekali.
Tatabahasa06.10.2014
Apakah terjemahan bagi "Line of succession to the Bruneian throne"? Garis atau galur pewarisan takhta Brunei?Salam sejahtera,

Cadangan SUSUR GALUR PEWARISAN TAKHTA BRUNEI

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2017
1) Apakah perbezaan antara berangkat dengan bercemar duli? 2) Apakah perbezaan antara takhta dengan singgahsana? 3) Bolehkah kata ganti nama diri ketiga "baginda" digunakan utk merujuk kepada Perdana Menteri ? 4) Apakah penggunaan bagi perkataan "tuan hamba"? Terima Kasih !

1) Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “berangkat” bermaksud mula berjalan atau bertolak manakala “bercemar duli” bermaksud mengotorkan kaki (sudi mengunjungi sesuatu tempat dan digunakan untuk raja-raja sahaja).

2) Takhta dan singgahsana membawa maksud yang sama, iaitu tempat raja bersemayam.

3) Kata ganti nama diri ketiga “baginda” hanya digunakan untuk raja sahaja.

4) “Tuan hamba” merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama. Tuan hamba yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai “tuan hamba” dan orang yang berbicara dikenali sebagai “hamba”.

Lain-lain22.01.2022
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. (Soalan saya ialah penggunaan perkataan pertabalan/penabalan. Manakah satu betul?Tolong berikan penjelasannya.)

Saudara,

Perkataan pertabalan bermaksud perbuatan atau hal bertabal. Perkataan penabalan ialah perbuatan menabalkan.Oleh itu pemilihan perkataan ini bergantung pada masud yang hendak disampaikan, sama ada hal bertabal atau perbuatan menabalkan.

Tatabahasa07.07.2010
Sultan Selangor bersemayam di atas takhta dalam majlis ( pertabalan, penabalan ) baginda baru-baru ini. Boleh berikan sebabnya. Terima kasih.

Encik Ming Hui,

Saya kurang jelas soalan yang ingin ditanyakan, namun mengikut fahaman saya mungkin Encik mahu tahu makna bersemayam. Bersemayam maksudnya duduk di tempat yang dikhaskan. Perkataan ini tergolong dalam bahasa Istana.

Makna06.07.2010
Apakah yang dimaksudkan metafora? Boleh tak memberikan satu contoh? Adakah metafora bermaksud perbandingan antara dua perkataan seperti " takhta mulia" Ataupun perbandingan antara perbandingan dua perkara seperti: anakku, permata hatiku. Adakah anak diibaratkan dengan permata hati atau hati diibaratkan dengan permata.

Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada  dua perkataan.  Jenis-jenis Metafora ialah (1) metafora implisit -pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya;(2) metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan: (3) metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'.

Makna24.02.2014
Adakah penjodoh bilangan perlu wujud untuk "peperangan" dalam ayat di bawah? "Salah satu peperangan menyebabkan maharaja kehilangan takhta. Kemudian, satu peperangan lagi menyebabkan maharaja kehilangan nyawa."Penjodoh bilangan yang betul ialah sebuah, sebuah peperangan.Tatabahasa14.08.2012
-bersemayam

Saudara Shahiraiera,

tidak ada soalan yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, makna bersemayam ialah i. duduk(di atas takhta, singgahsana) ii. tinggal

 

Lain-lain29.04.2010
Sesuai atau tidak perkataan di "nobat" bagi mengiktiraf kemenangan.. bukankah nobat digunakan dalam istiadat kebesaran diraja melayu?Menobatkan bermaksud menaikkan ke atas takhta kerajaan, menjadikan raja, memahkotai, menabalkan. Perkataan nobat menerusi Kamus Dewan lebih tertumpu kepada istiadat diraja.Makna02.04.2007
Salam sejahtera ! Tengkolok yang dipakai oleh DYM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada hari pertabalan/penabalan berwarna hitam bersulam dengan benang emas. Soalan: "pertabalan @ penabalan" yang tepat Terima kasih.Merujuk Kamus Dewan, pertabalan bermaksud perihal menaiki takhta kerajaan, manakala penabalan bermaksud perihal merasmikan (mengumumkan) menjadi raja. Berdasarkan konteks ayat tersebut, pertabalan lebih sesuai digunakan.Tatabahasa15.05.2017
12

Kembali ke atas