Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam; ~ kerajaan a) (kerusi, peterana) tempat raja bersemayam, singgahsana; b) ki kekuasaan raja, wilayah di bawah pemerintahan raja; ~ rawan tandu utk raja-raja; naik ~ menjadi raja; turun ~ meletakkan jawatan raja; bertakhta 1. = ~ kerajaan menjadi raja, memerintah negeri; 2. berkerajaan di, ber­semayam di; 3. ki berada, berkedudukan: jiwa besar mesti ~ dlm seluruh kehidupan para pemimpin dan penulis; 4. ki bertempat, ter­semat: apa yg sedang ~ di hatinya sekarang ialah cintanya terhadap Azman; mentakhtai menduduki (memegang) takh­ta; mentakhtakan mendudukkan di takhta kera­jaan, menabalkan menjadi raja: baginda ditakhtakan oleh rakyat menjadi raja nege­ri itu; ketakhtaan perihal naik takhta: ~ dinasti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[takh.ta] | تختا

Definisi : tempat raja bersemayam. ~ kerajaan a. kerusi tempat raja ber­semayam; singgahsana. b. ki wilayah yg di bawah pemerintahan raja; kekuasaan raja. bertakhta 1 = ~ kerajaan men­jadi raja atau memerintah negeri. 2 bersemayam di; berkerajaan di. mentakhtakan menabalkan sbg raja: Baginda telah ditakhtakan oleh rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takhta (kata nama)
Bersinonim dengan singgahsana, kerusi kerajaan, geta, tempat raja bersemayam;,
Kata Terbitan : bertakhta, mentakhtakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abdication crisiskrisis turun takhtaSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan sesebuah pemerintahan monarki yang mengalami krisis perebutan takhta antara dua atau lebih putera/puteri raja terhadap jawatan raja atau permaisuri yang dilepaskan. Krisis ini boleh membawa kepada ketidakstabilan politik yang akan mencetuskan konflik istana yang berlarutan. Contohnya, krisis antara Raja Hussein dengan Putera Abdullah yang merebut takhta kerajaan Jordan peninggalan ayahanda mereka.
succeednaik takhtaUndang-undangTiadaMewarisi takhta kerajaan negeri.
abdicateturun takhta; letak kuasaSejarahTiadaPerbuatan memisahkan diri daripada pemerintahan atau takhta kerajaan.
dethronementpenurunan takhtaSejarahTiadaPerihal menggulingkan atau menurunkan seseorang pemerintah atau raja dari takhta atau tampuk pemerintahannya.
dethronedditurun takhtaSejarahTiadaTindakan penggulingan atau penurunan kuasa yang telah berlaku bagi raja atau pemerintah dari takhta atau tampuk pemerintahannya.
abdicateturun takhtaSains PolitikPolitik PerbandinganSituasi seorang raja atau permaisuri yang merupakan ketua sesebuah negara melepaskan jawatannya sebagai pemerintah. Hal ini berlaku bukan kerana tamat tempoh pemerintahannya tetapi atas kerelaan untuk melepaskan jawatan tersebut. Situasi ini pada tradisinya wujud dalam sistem pemerintahan yang berbentuk monarki. Contohnya, Raja Don Juan Pinto, Brazil, telah turun takhta pada tahun 1882 dan menyerahkan tanggungjawab pemerintahan kepada putera beliau Don Juan II.
thronetakhta; singgahsanaSejarahTiadaTiada
abdicateturun takhta; letak kuasaPerpustakaanTiadaTiada
abdicateturun takhta; letak kuasaSains PolitikTiada1. Tindakan seorang raja yang sedang memerintah berhenti daripada menjadi raja dan memberikan takhtanya kepada seorang yang lain.,2. Tindakan seseorang atau sesuatu pihak yang sedang berkuasa menyerahkan kuasanya kepada seseorang atau sesuatu pihak yang lain.
abdicateturun takhta; letak kuasaUndang-undangTiadaTiada
1234

Kembali ke atas