Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tak.si.ran] | تکسيرن

Definisi : 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persang­ka­an: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tak.si.ran] | تکسيرن

Definisi : 1 ha­sil drpd menaksir; anggaran; nilaian. 2 sesuatu yg ditaksir; dugaan; telahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taksir
Kata Terbitan : mentaksir, taksiran, penaksiran, penaksir,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEDINGINAN ANGIN

Kedinginan angin ialah taksiran hubungan

antara kelajuan angin dengan suhu, yang berkait

dengan kesan angin terhadap benda hidup.

UMUM 
PURATA DOW JONES

Purata Dow Jones merupakan statistik yang

menunjukkan aliran harga saham dan bon di

Amerika Syarikat. Ia adalah pemurataan saham

pilihan dan bon yang diniagakan di Bursa Saham

New York . Dow Jones & Company, sebuah firma

penerbitan kewangan, mengira purata taksiran

setiap jam perniagaan setiap urus niaga pada tiap-

tiap hari. Terdapat empat jenis purata: (1) purata

harga saham biasa daripada 30 firma industri,

(2) purata saham biasa daripada 20 syarikat

pengangkutan, (3) purata saham biasa daripada 15

syarikat pengguna, dan (4) purata 65 saham yang

membentuk ketiga-tiga purata yang pertama tadi.

Minat masyarakat tertumpu pada purata-purata ini.

UMUM 
KELARAI

KELARAI, corak anyaman tikar.  Kegiatan menganyam tikar di Malaysia merupakan satu seni tertua.  Ini dibuktikan dengan kesan arkeologi yang dijalankan di Gua Cha di Kelantan.  Daripada taksiran awal, kegiatan ini telah diusahakan lebih daripada 1000 tahun yang lalu.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas