Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[taÖ.ziah]/tak.ziah] | تعزيه

Definisi : peryataan turut bersedih (berdu­kacita), belasungkawa: kpd keluarga si mati, kami mengucapkan ~ utk menyatakan rasa dukacita; bertakziah turut bersedih (berdukacita), me­­ngun­jungi (orang mati): beribu-ribu orang telah pergi ~ ke rumah si mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[taÖ.ziah]/tak.ziah] | تعزيه

Definisi : pernyataan turut bersedih atau turut berdukacita (kerana kematian dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takziah (kata nama)
Bersinonim dengan belasungkawa, rasa sedih, rasa dukacita;,
Kata Terbitan : bertakziah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
obituarytakziahPentadbiranTiadaTiada
obituarysiaran takziahKomunikasiTiadaTiada
mourning stampssetem takziahPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dikeluarkan sebagai tanda kesedihan atas kematian seseorang pembesar negara.
letter of sympathysurat takziahPentadbiran PerniagaanTiadaSurat untuk mengucapkan simpati.
letter of consolationsurat takziahPentadbiran PerniagaanTiadaSurat untuk mengucapkan simpati.
letter of condolencesurat takziahPentadbiran PerniagaanTiadaSurat untuk mengucapkan simpati.
resurrection playlakon agamaKesenianDrama dan TeaterPementasan teater yang khusus untuk meraikan peristiwa sesuatu agama dengan membawa cerita yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Contohnya, lakon takziah merupakan satu bentuk lakon agama dalam kalangan golongan Syiah.
empathicberempatiPsikologiPsikologi UmumKeupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain, objek semula jadi atau produk estetika. Seseorang itu dianggap berempati dengan orang lain apabila dia menyedari dan memahami perasaan, keperluan dan penderitaan mereka. Contohnya, apabila berlaku kematian, tingkah laku empati ditunjukkan melalui sokongan emosi dan sosial seperti menziarahi keluarga si mati, memberi bantuan kewangan dan ucapan takziah. Contoh empati terhadap objek semula jadi atau produk estetika adalah apabila pemandu dan penumpang kereta mencondongkan badan mereka ke hadapan semasa mendaki bukit supaya kereta yang dinaiki tidak merasa berat dalam pendakian itu.
passion playdrama penyalihanKesusasteraanTiadaDrama yang mementaskan kisah penyalihan dan kebangkitan semula Jesus. Biasanya drama ini dipentaskan pada hari Good Friday dalah agama Kristian. Dalam ini mula dipersembahkan seawal abad ke-13 di Eropah dalam bahasa Latin dan bahasa tempatan. Contoh terbaik drama penyaliban terdapat di Oberammergau, Bavaria yang dipentaskan setiap 10 tahun sekali semenjak tahun 1633. Drama ini juga dikenali sebagai drama takziah dan drama tabui.
formulaformulaKesusasteraanTiadaFrasa yang disusun dalam bentuk struktur tetap yang diulang dalam pengucapan harian sebagai sebahagian daripada ritual atau tatacara sosial. Formula juga merujuk kepada susunan perkataan yang diulang dalam bentuk, sukatan baris, dan isi yang identikal dalam sesebuah karya lisan, terutamanya dalam puisi naratif. Contohnya, puisi epik Home. Formula terdiri daripada pernyataan atau frasa kodi yang menjadi rujukan bersama oleh pengarang atau pencerita lisan. Bentuknya yang tetap dan bersukat menjadikan formula mudah dihafal dan diingat. Formula termasuklah frasa tetap untuk ucapan alu-aluan atau perpisahan, tahniah atau takziah. Dalam budaya tulisan, formula jelas terdapat dalam surat kiriman. Dalam kajian lisan, konsep formula mula diperkenalkan oleh Parry-Lord (1920 � 1960) ketika beliau mengkaji puisi Homer. Formula membantu proses penciptaan dan penyampaian lisan. Bahasa yang menggunakan formula disebut sebagai berungkapan tetap atau formulaik. Dalam tradisi lisan Melayu, formula digunakan untuk merujuk kepada ungkapan berpola yang digunakan untuk memerikan sifat, situasi atau babak tertentu. Contoh yang dipetik daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah ungkapan berpola untuk memerikan babak, iaitu ketika menyahut panggilan raja: �yang capik datang bertongkat� �yang buta meraba-raba� �yang tuli leka bertanya� �yang kecil terambin lintang� Yang jarak tolak-tolakan� �yang pendek tinjau-meninjau� �yang kurap mengekor angin� Di samping itu, terdapat juga ungkapan yang seiras formulanya seperti yang dipetik daripada Hikayat Seri Rama: �maka ia pun menuntung tabuh larangan, gong pelaung, canang pemanggil, Maka berhimpunlah Temenggung, Laksamana, Orang Kaya Besar, Perdana Menteri, kecil dan besar, tua dan muda, laki-laki dan perempuan berhimpun...� Lihat juga formulaik.

Kembali ke atas