Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tal] | تل

Definisi : sj tumbuhan (palma), lontar, tah, tai, Borassus fiabellifera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taltalMuzikTiada

Lihat tala.

tall oilsminyak talPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMinyak berwarna kuning hitam yang berbau busuk yang terdiri daripada campuran rosin, asid lemak, storel, dan campuran alkohol berberat molekul tinggi yang diperoleh daripada likuor buangan proses mempulpa kayu cara Kraft. Minyak ini timbul di permukaan likour sulfat apabila disejukkan dan dapat diasingkan secara pengempuran. Minyak ini digunakan dalam pembuatan sabun, minyak pelincir dan cat.
tudung sajitudung sajiKesenianTiadaAlat menutup sajian daripada daun sal atau tal, berbentuk kerucut, beranyam mata punai sebagai dasar atau rangka, disisip tiga penjuru menghasilkan anyam gila, berbingkai rotan yang beranyam insang pari atau gigi yu.
dhrupaddhrupadMuzikTiada

 Genre vokal Hindustani yang diiringi 12 bit, iaitu dhrupad tal. Dhrupad didahului alap yang panjang dan terdiri daripada empat bahagian iaitu sthayi, antara, san chari dan ab hog, Sinonim dhruvapada.

khyalkhyalMuzikTiada

 Genre vokal bermeter dalam muzik klasik Hindustani yang terdiri daripada karya yang dicipta, iaitu chiz dan improvisasi yang panjang. Khyal mengandungi raga dan tal.

matramatraMuzikTiada

 Unit masa terkecil atau bit asas dalam tala muzik klasik Hindustani India Utara. Matra mempunyai konsep yang sama dengan akshara dalam muzik Karnatak. Contohnya, tala tintal yang terdiri daripada pusingan rentak 16 bit mempunyai empat bahagian yang dinamai vibhag dan setiap vibhag mem­punyai empat matra. Lihat juga vibhag, akshara.

talatalaMuzikTiada

Sistem metrik dalam muzik Hindustani dan Karnatak yang berasaskan pusingan masa dengan bilangan bit yang tertentu. Setiap tala diberikan nama tertentu dan setiap pusingan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya, dalam muzik Karnatak, tintala terdiri daripada pusingan 16 bit yang dibahagikan kepada empat bahagian atau anga dan berbentuk (4 bit + 4 bit + 4 bit + 4 bit). Sementara jhaptal tala terdiri dari­pada pusingan 10 bit yang dibahagikan kepada empat anga dan berbentuk (2 bit + 3 bit + 2 bit + 3 bit). Silibal nemonik, iaitu bol digunakan untuk mengajar pukulan dram. Sinonim tal. Lihat juga akshara, anga, bol, matra, vibhag.

psychological novelnovel psikologiKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aspek kerohanian, emosi dan mental serta analisis perwatakan. Plot atau aksi dalam novel ini sekadar menjalankan cerita. Penulisan novel ini dipengaruhi oleh pandangan Sigmund Freud dan Carl Jung yang memfokuskan kehidupan �dalaman� watak yang selalunya individu bermasalah dan unik dengan keadaan mental dan emosi yang bergolak. Tumpuan cerita lebih kepada motivasi psikologi bagi setiap aksi watak. Perkara yang ditekankan bukanlah apa yang berlaku tetapi mengapakah perkara itu berlaku. Minat terhadap psikologi watak dalam sejarah kesusasteraan Barat dapat dilihat dalam karya Geoffrey Chaucer yang berjudul Troilus and Criseyde, iaitu lirik yang bercirikan novel psikologi. Novel psikologi moden hanya muncul pad abad ke-19 melalui karya George Eliot, Elizabeth Gaskell, George Meredith dan Joseph Conrad. Henry James dianggap pakar dalam penulisan novel psikologi dan karyanya seperti The Portrait of a Lady, The Wings of the Dove, The Ambassadors dan The Golden Bowl telah menetapkan standard psikologi untuk penulis lain. Novel psikologi mencapai kemuncak perkembangannya pada abad ke-20 apabila penulis menggunakan monolog dalaman dan aliran kesedaran yang menunjukkan cara minda subsedar suatu watak berfungsi. Contoh penulis sastea Barat yang terkenal ialah James Joyce (A Portrait of the Artist as a Young Man, Ulysses), Virginia Woold (Mrs. Dalloway, To the Lighthouse), dan Willian Faulkner (The Sound and the Fury). Contoh dalam kesusasteraan Arab ialah Ibrahim al-Khatib oleh Ibrahim Abd al-Qadir al-Mazini, dan Awda tal-Ruh dan Yawmiyat Na�ib fi al- Aryaf oleh Tawfiq al-Hakim. Contoh tempatan ialah novel Juara oleh S. Othman Kelantan. Lihat juga kritikan psikoanalitik.
tangotangoMuzikTiada

Muzik tarian Amerika Latin. Tango muncul di Sepanyol dan di Amerika Latin pada akhir abad ke-19 dan popular di Uruquay dan di Argentina. Tango biasanya berkaitan dengan habanera, contredanse dan tango Cuba. Tango bermeter dupel dan bercirikan ritma sinkopasi dan ritma bertitik. Terdapat tiga jenis tango, iaitu tango-milonga, tango-romanza dan tango-can-gion. Tango-milonga ialah muzik instrumental dan biasanya untuk persembahan orkestra. Tango-romanza merupakan mu­zik instrumental atau muzik vokal yang berlirik dan merdu. Tango-cangion ialah muzik vokal dengan iringan instrumen­tal yang bercorak sentimental. Tango Argentina merupakan tarian popular pada abad ke-20.


Kembali ke atas