Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.la] | تالا

Definisi : tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh ban­dar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~; setala selaras bunyinya, sama bunyinya; menyetalakan menyelaraskan bunyi, me­nyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: ke­dua-dua belah pihak ~; menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; penalaan perihal (perbuatan) menala; penala tala bunyi, garpu tala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : menala memukul dgn tangan ter­genggam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : 1 bunyi nada muzik yg bersesuaian. 2 bunyi yg berbalik; gema. ~ bunyi ist alat spt garpu yg bercabang dua dan dibuat drpd logam utk menyesuaikan bunyi (nada). menala 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. penala alat utk menala bunyi; tala bunyi. setala selaras bunyinya; sama bunyinya. menyetalakan menye­laras­kan atau menyamakan bunyi (nada). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tala (kata nama)
Bersinonim dengan gema, talun, dengung, gaung, kumandang;,
Kata Terbitan : setala, menyetalakan, penala,

Puisi
 

Katak betung berbunyi malam,
     Tala-menala bunyi dahulu;
Tuhan belum menjadikan alam,
     Kita sudah berjanji dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)