Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.la] | تالا

Definisi : tala I 1. kesesuaian nada, laras; ~ bunyi = garpu ~ Id alat berbentuk U yg dibuat drpd besi dan digunakan utk melaraskan bunyi (nada, suara, dll); 2. gema, talun: ting, bunyi loceng di rumah pasung besar, maka ~nya itu bergema dan dapat didengari nyata dr seluruh ban­dar; dihempuk lunas itu bahannya bunyi tujuh gok sembilan ~; setala selaras bunyinya, sama bunyinya; menyetalakan menyelaraskan bunyi, me­nyamakan nada: ~ bunyi alat muzik; bertala-tala sl bersambut-sambutan (bunyi), berselang-selangan, bertingkah-tingkah: ke­dua-dua belah pihak ~; menala 1. menentukan bunyi (alat muzik, gamelan, dll) dgn nada yg betul, membetulkan bunyi (alat muzik); 2. melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar dan efisien; penalaan perihal (perbuatan) menala; penala tala bunyi, garpu tala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : Pr ibu kunci, mangga, gepuh-gepuh, pedal ayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : menala memukul dgn tangan ter­genggam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.la] | تالا

Definisi : 1 bunyi nada muzik yg bersesuaian. 2 bunyi yg berbalik; gema. ~ bunyi ist alat spt garpu yg bercabang dua dan dibuat drpd logam utk menyesuaikan bunyi (nada). menala 1 menentukan bunyi (alat muzik dsb) dgn nada yg bersesuaian. 2 melaraskan pergerakan enjin (motor dsb) supaya berjalan dgn lancar. penala alat utk menala bunyi; tala bunyi. setala selaras bunyinya; sama bunyinya. menyetalakan menye­laras­kan atau menyamakan bunyi (nada). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tala (kata nama)
Bersinonim dengan gema, talun, dengung, gaung, kumandang;,
Kata Terbitan : setala, menyetalakan, penala,

Puisi
 

Katak betung berbunyi malam,
     Tala-menala bunyi dahulu;
Tuhan belum menjadikan alam,
     Kita sudah berjanji dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
talatalaMuzikTiada

Sistem metrik dalam muzik Hindustani dan Karnatak yang berasaskan pusingan masa dengan bilangan bit yang tertentu. Setiap tala diberikan nama tertentu dan setiap pusingan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Contohnya, dalam muzik Karnatak, tintala terdiri daripada pusingan 16 bit yang dibahagikan kepada empat bahagian atau anga dan berbentuk (4 bit + 4 bit + 4 bit + 4 bit). Sementara jhaptal tala terdiri dari­pada pusingan 10 bit yang dibahagikan kepada empat anga dan berbentuk (2 bit + 3 bit + 2 bit + 3 bit). Silibal nemonik, iaitu bol digunakan untuk mengajar pukulan dram. Sinonim tal. Lihat juga akshara, anga, bol, matra, vibhag.

tala (In)talaKesenianTiadaPusingan irama penuh.
equal temperamentsama talaKesenianTiadaSistem tala alat key board.
matramatraMuzikTiada

 Unit masa terkecil atau bit asas dalam tala muzik klasik Hindustani India Utara. Matra mempunyai konsep yang sama dengan akshara dalam muzik Karnatak. Contohnya, tala tintal yang terdiri daripada pusingan rentak 16 bit mempunyai empat bahagian yang dinamai vibhag dan setiap vibhag mem­punyai empat matra. Lihat juga vibhag, akshara.

tunetala; laguKesenianTiada1. Kaedah melaraskan alat muzik. 2. Seerti dengan makna melodi.
tunableboleh talaFizikTiadaTiada
tuning forktala bunyiFizikTiadaTiada
Herabstimmen (G)tala rendahKesenianTiadaTiada
Heraufstimmen (G)tala tinggiKesenianTiadaTiada
tuning forktala bunyiKesenianTiadaTiada
1234

Kembali ke atas