Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.laq]/[ta.laq] | طلاق

Definisi : talak pelepasan ikatan nikah dgn ucapan talak, cerai, dsb oleh suami: dgn mudah ia men­jatuh­kan ~ kpd isterinya; ~ bain talak yg tidak boleh dirujuk kembali; ~ dua talak rajii yg dijatuhkan dua kali secara berasingan atau dgn lafaz talak dua; ~ rajii talak yg masih boleh dirujuk kembali (pd talak pertama atau kedua) dgn syarat isteri yg dicerai itu masih dlm idah; ~ satu talak rajii yg dijatuhkan kali pertama atau dgn lafaz talak satu; ~ tiga talak yg dijatuhkan tiga kali secara berasingan, atau dgn lafaz talak tiga, yg tidak boleh dirujuk kembali;mentalak menceraikan isteri: isterinya itu ditalaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.laq]/[ta.laq] | طلاق

Definisi : penceraian drpd pihak suami (meng­ikut hukum Islam). mentalak menjatuhkan talak kpd isteri; men­ceraikan isteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talak (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan perceraian, sarak, putus hubungan, habis jodoh, perpisahan, perpecahan;,
Kata Terbitan : mentalak,

Puisi
 

Buah kentung buah kekati,
     Buah salak di dalam dulang;
Jangan pukul jangan dimaki,
     Hantar talak anak orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TALAKPerceraian ialah membubarkan perkahwinan atau memutuskan hubungan suami isteri dengan menggunakan lafaz talak atau cerai.AGAMAKonsep
TEBUS TALAK

TEBUS TALAK, pembayaran daripada isteri yang memohon talak daripada suaminya. Jumlah bayaran ditentukan oleh suami. Pembayaran ini merupakan ganti rugi daripada isteri kepada suami akibat talak tersebut. Keadaan seumpama ini berlaku apabila pihak suami enggan menceraikan isteri tetapi isteri sudah tidak boleh lagi hidup di samping suami. Kadangkala jika isteri tidak mampu membayar tebusan dan kes tersebut tidak dirujuk kepada hakam, isteri mengambil sikap meninggalkan pihak suami (nusus). Suami pula masih enggan menceraikannya. Keadaan ini menyebabkan isteri tersebut digantung tidak bertali.

BUDAYAKonsep
EDAHEdah iaiah satu tempoh yang dihabiskan oleh seseorang perempuan selepas dijatuhi talak atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini dia tidak dibenarkan berkahwin dengan orang lain.UMUM 
SURAH AL-TALAQ

Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah

Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat.

Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana

perbicaraannya menumpukan kepada bab talak.

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan

isterinya dalam keadaan haid, berita itu

kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah

s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda.

Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya

merujuk semula kepada isterinya dan menunggu

sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn

Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah

suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di

dalam surah ini.

UMUM 
CINA BUTA

CINA BUTA, peranan yang dimainkan oleh sang perantara sementara yang berstatus suami dalam keadaan perkahwinan yang telah mengalami talak tiga. Panggilan umum terhadap suami begini ialah ‘muhalil’ (yang menghalalkan) kerana perkahwinan dengannya membolehkan bekas suami mengahwini kembali isterinya yang telah diceraikan dengan talak tiga.

       

 

BUDAYAKonsep
GILA

GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan.

BUDAYAPenyakit

Kembali ke atas