Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Minah memasukkan se_________ kuih talam ke dalam mulutnya untuk mencuba rasa. Jawapan : (potong atau cubit) 2. memotong bawang secara kecil-kecil, apakah kata kerja yang paling sesuai ? (menghiris atau mencincang atau memotong)Jawapan soalan 1 ialah secubit manakala soalan 2 ialah menghiris.Tatabahasa23.10.2015
Adakah rumusan menentukan keselarasan vokal masih relevan dalam bahasa Melayu? Contohnya a dengan a ( talam ), a dengan i ( cantik ), a dengan u ( lampu ) dll. Mengapakah ada rumus keselarasan vokal tetapi dalam masa yang sama ada kekecualian seperti awet, lakon, tiket, forum dll

Encik Rizuan,

Sistem Keselarasan Vokal masih relevan dan menjadi panduan dalam pengejaan kata bahasa Melayu. Walau bagaimanapun terdapat kekecualaian bagi  kata daripada bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris dan bahasa di Nusantara atas sebab persetujuan bersama antara negara anggota dalam Majlis Bahasa Indonesia Malaysia(MBIM) yang kini dikenali sebagai MABBIM.  

Ejaan11.05.2010
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan mengguankan frasa (istilah) “neka bahasa” dalam beberapa banyak tulisannya secara tekal. KD4 neka Kl sj talam. Mohon komen ringkas.Kata 'neka' bukan sahaja merujuk kepada makna yang saudara nyatakan bahkan kata 'neka' juga membawa makna 'aneka'. (Sila rujuk kamus bahasa Melayu Nusantara)Makna09.01.2009
1 Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini? 2 Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang lebih sesuai digunakan ? apakah perbezaan perkataan ini? 3 Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar ? 4 Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa ? 5 Apakah maksud anak tekak atau anak lidah? 6 Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. gemersik atau gemerisik ? 7 Pak Mat meredah gerimis senja demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya. Aapakah maksud meredah gerimis senja? 8 Apakah maksud talam dua muka ? Terima kasih

1. Ravi terpaksa bekerja menampung kehidupan keluarganya . menampung boleh digunakan dalam ayat ini

2. Beberapa batang pokok dan tiang lampu telah rebah setelah ditiup angin kencang. rebah atau tumbang, kedua-duanya boleh digunakan

3. Apakah maksud pecah buku lali kaki Amir setelah dihempap kayu besar. - pecah bermaksud berbelah-belah menjadi kecil-kecil, oleh itu, pecah tidak sesuai dalam ayat ini. 

4. Apakah maksud katak di bawah sabut kelapa. - peribahasa ini tiada dalam sumber rujukan kami

5. Anak tekak atau anak lidah ialah daging yang terjuntai pd pangkal kerongkong.

6. Gemersik bunyi gesekan biola yang dimainkan oleh pemuzik itu. 

7. Meredah gerimis senja bermaksud menempuh hujan yang menitik halus-halus pada waktu senja.

8. Talam dua muka bermaksud bermuka dua atau munafik.

Tatabahasa07.10.2010
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023

Kembali ke atas