Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lam] | تالم

Definisi : sj dulang yg tidak berkaki (tempat me­nyaji­kan makanan, minuman, dll): dia keluar membawa sebuah ~ yg berisi secawan kopi; kuih ~ = tepung ~ sj kuih yg lapisan bawahnya dibuat drpd campuran tepung beras atau tepung gandum dan gula melaka, manakala lapisan atasnya (kepalanya) drpd santan kelapa; spt ~ dua muka prb perihal orang yg berbuat baik kpd dua orang yg berseteru (utk keun­tung­an diri sendiri); spt air dlm ~ prb dlm keadaan sentosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lam] | تالم

Definisi : dulang tidak berkaki tempat me­nyajikan makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
talam (kata nama)
Bersinonim dengan dulang, ceper, sumberip, pahar, penampan, tetampan, panai, limbang, nyiru, neka, ancak, baki, cerana, kerika.,

Puisi
 

Talamlah ini talam tembaga,
     Putus tali sampainya hilang;
Malamlah ini malam celaka,
     Putusnya janji sampainya hilang.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Seperti air dalam talam.

Bermaksud :

Negeri yang aman sentosa.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
double circular sawmillkilang gergaji talam beregukilang gergaji talam beregukilang gergaji talam bereguPerhutanan
dissection traynampan bedahtalam bedahtalam bedahPerikanan
circular sawn lumberpapan gergajian bundarpapan gergaji talampapan gergaji talamPerhutanan
double circular millkilang gergaji bundar gandakilang gergaji talam beregukilang gergaji talam bereguPerhutanan
circular gang sawmillkilang gergaji bundar gandakilang gergaji talam beregukilang gergaji talam bereguPerhutanan
radial-arm sawgergaji tangan radialgergaji tangan jejarigergaji talam jejariPerhutanan
drying traytalam pengeringandulang pengeringandulang pengeringanPerikanan
rotary sawgergaji bundargergaji talamgergaji putarPerhutanan

Kembali ke atas