Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.lang] | تالڠ

Definisi : talang I 1. sj ikan laut, seliap, seliat, Chori­nemus ly­san; 2. = ~ padi sj ikan laut, seliat, Chorinemus tol; 3. sj ikan laut, Chorinemus sanctipetri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lang] | تالڠ

Definisi : Jw saluran air (biasanya drpd buluh pd cucuran atap dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lang] | تالڠ

Definisi : Jk pengantara dlm berjual beli, orang tengah, broker, cangku; ~ kuda orang yg bekerja sbg penjual kuda; ~ wang orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga, ceti; menalang, menalangi 1. memberi pin­ja­man wang; 2. membeli barang dgn ber­hutang; penalang; ~ wang talang wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.lang] | تالڠ

Definisi : nama sj ikan laut, Chorinemus lysan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata talang

Puisi
 

Ikan talang ikan terubuk,
     Udang galah udang kepai;
Malang sungguh nasib Pak Kaduk,
     Ayam menang kampung tergadai.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tak beras antah dikisik.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak beras antah dikisik.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). dikisik = ditumbuk perlahan-lahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu.Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b. Tak air talang dipancung; peluh diurut, hujan ditampung, c. Tak beras antah dikisik, d. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah). bercemat = menarik perahu dengan tali yang diikatkan kepada perahu itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas