Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.li] | تالي

Definisi : 1. serat yg dipintal panjang-panjang: ~ itu dibuat drpd sabut kelapa; 2. benda yg halus panjang-panjang utk mengikat sesuatu: bungkusan itu diikat dgn ~ pisang; ~ agas = ~ anggas = ~ kala = ~ keleleh = ~ senam = ~ singkil tali yg dipegang oleh perempuan ketika bersalin; ~ air a) saluran utk mengalirkan air ke sawah dll; b) = ~ arus aliran arus (air); c) ark pengairan (sawah dll); ~ alir tali kail utk menangkap buaya; ~ alit = ~ gasing = ~ sering tali utk memusingkan gasing; ~ ambin tali pengikat beban; ~ anduh kain dll yg digunakan utk menggantungkan tangan yg patah ke bahu; ~ api (api-api) tunam, murang, sumbu; ~ ari-ari tali pusat; ~ barut a) tali pembebat (pembarut); b) tali pinggang; c) ki orang yg menjadi ampama orang lain, barua; ~ batung selepang tempat menyisipkan peluru; ~ bawat tali yg diikatkan pd palang layar (utk menggerakkan layar supaya mendapat angin); ~ belati tali buatan Eropah (drpd sisal); ~ besi ark tali drpd besi, kabel; ~ bicara ark Id telefon; ~ bosa (kap) tali utk menahan kabel (bergoyang dll); ~ bubut tali utk menurun-naikkan layar; ~ cemat tali utk menunda (menarik) perahu dll; ~ dahi layar tali yg mengikat bahagian layar yg di sebelah atas; ~ dogang tali yg dipegang apabila hendak mengimbangkan perahu dgn badan; ~ duga (penduga) tali utk menentukan dalamnya laut; ~ gantung tali utk menggantung orang (yg dihukum mati); ~ kail tali tempat diikat mata kail; ~ kajai (kejai) tali leher kuda (kalung kuda); ~ kang (kekang, kendali, tum) tali utk mengemu­dikan kuda; ~ kelat a) tali utk menarik layar; b) tali utk menarik pohon yg ditebang; ~ keledar tali yg dipasang pd pinggang dsb utk keselamatan (dlm kapal terbang, kereta, dsb); ~ kendit (kemendit) tali pinggang (drpd kulit dll); ~ kipas tali yg berupa gelung yg dibuat drpd getah, bahan sintetik dsb yg memusingkan kipas utk menyejukkan enjin kereta dsb; ~ ladung tali tempat bergantung batu unting; ~ leher jalur kain sutera, linen dsb yg dipakai di bawah kolar kemeja dan tergantung di dada; ~ leher kupu-kupu tali leher yg diikat dgn cara simpul pulih; ~ lenggang tali utk me­negakkan tiang layar; ~ liung sj selempang tempat menyisip peluru; ~ pendarat tali yg menambatkan kapal dll ke pangkalan; ~ pendendang tali yg mengikatkan andang-andang pd tiang layar; ~ pengandak (setop, setu) tali utk mengecilkan layar; ~ pengang­guk tali utk menggantungkan layar; ~ perampat tali utk mengikat kemudi pd tiang goyang; ~ perimping (aris, eris, ris) tali pd tepi layar supaya layar jangan koyak; ~ persaudaraan hubungan persaudaraan; ~ perut a) usus; b) = ~ benang tali yg mengikat pelana (ringga) ke perut kuda (gajah); ~ pinggang tali utk mengikat seluar supaya jangan lucut (drpd kulit dll); ~ pupuh tali yg direntangkan utk menandakan kawasan la­rangan atau pantangan; ~ pusar Id a) = ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn urinya; b) bahagian buah yg menghu­bungkan biji dgn kulit buahnya; ~ rafia a) tali drpd serat pelepah rafia; b) tali yg diperbuat drpd plastik dlm pelbagai warna utk mengikat barang, kotak dsb; ~ relap tali yg diberi berambu-rambu (berjurai-jurai) utk menghalau ikan; ~ sas tali yg mengikat pelana kuda supaya jangan tergelongsor ke hadapan; ~ sauh tali utk mengikat sauh; ~ sawar tali utk menghela kerbau; ~ sawat jalur tali bundar atau bulat yg digunakan utk menggerakkan bahagian tertentu mesin dsb; ~ semberang (sidai, penyidai kain) tali utk ampaian kain; ~ sepatu (kasut) tali utk mengikat kasut; ~ sira tangga drpd tali; ~ sifat a) tali hitam utk menandai kayu yg akan digergaji; b) tali pd batu unting; ~ suai tali yg menyangga layar; ~ tajuk tali utk mengikat dayung pd bibir perahu; ~ tandur tali utk menurun-naikkan bidai; ~ tangsi tali (benang) yg dilumas dgn lilin utk tali kail; ~-temali bermacam-macam tali di kapal (perahu); ~ tudung a) tali yg diikatkan ke dagu; b) jambang yg nipis sampai ke bawah dagu; ~ tep pita utk mengukur; ~ tunda tali utk menunda perahu dll; ~ ulang tali yg digunakan melalui beberapa kapi; ~ di dlm bungkusan, digerek tikus apa guna­nya prb seorang perempuan yg dlm pingitan telah melakukan perbuatan salah dgn diam-diam; ~ jangan putus, kaitan jangan sekah prb menyelesaikan sesuatu perkara hendaklah dgn seadil-adilnya; ~ yg tiga lembar itu tak suang-suang putus prb orang yg sekutu atau sebicara dlm sebarang hal ehwal itu selalu berjaya dlm pekerjaan; bagai ~ berlembar empat, bagai tungku sejerangan prb per­buatan yg dimesyuaratkan oleh empat orang atau difikirkan oleh seorang yg berilmu lagi berakal dan mahir tentulah jadi dgn sempurna; bagai menghela ~ jala prb melakukan sesuatu pekerjaan dgn hati-hati supaya tidak kerugi­an; digantung sehasta ~ prb perempuan yg ditinggalkan oleh suaminya dgn tidak diberi belanja dan tidak juga diceraikan; sepanjang-panjang ~, sekenyang-kenyang banting prb telah habis ikhtiar (tidak ada daya upaya lagi); sepanjang-panjang ~, tidak sepanjang mulut manusia prb sesuatu rahsia jika diketahui orang sebentar itu juga akan tersiar ke mana-mana; setali bersambung (berhubung) menjadi satu, berhubungan; bertali 1. ada talinya, memakai tali: pd bahunya tersandang sebuah bungkusan kain yg diberi ~ panjang; 2. = ki sudah ber­tunang­an (gadis), berikat; ~ arus banyak sekali (orang lalu lalang dll); ~ darah ada perhubungan keluarga dgn; ~ boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing prb hal kejahatan yg cukup keterangan dan buktinya; diberi ~ panjang prb membiarkan memilih apa yg disukainya; tali-bertali bertali-tali; bertali-tali 1. ada kaitannya dgn, ber­hu­bung­an dgn: Ungku Tanjung itu ialah keluarga tali-bertali dgn Datuk Bendahara dan Yamtuan Besar; 2. sambung-menyambung, bersam­bung-sambung, terus-menerus, berterusan: di luar hujan masih ~; 3. berkait-kait, berjalin-jalin, berlibat-libat;bertalian ada kaitannya dgn, berhubungan, berkaitan: ketua-ketua agama mereka tidak lagi ~ atau berhubung dgn Paus di Rom; menali menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; mempertalikan 1. mengikatkan berbelit-belit: ia menyerah diri lalu dirantai di­per­tali-talikan; 2. mengait-ngaitkan dgn, meli­bat-libatkan dgn, memperhubung-hubung­kan, memperkaitkan, menjalin-jalin­kan: jangan di­pertalikan hal ini dgn perkara tadi; 3. meng­hubungkan (dgn), menyam­bungkan (dgn): jalan raya ini ~ Kuala Lumpur dgn Seremban; 4. menjadikan ber­tali-tali, me­nyambung-nyam­bungkan, meng­hubung­kan: bukankah yg ~ hati suami isteri itu kecintaan yg penuh diikat oleh kese­tiaan? 5. men­jo­doh­kan dgn, mengahwinkan: Ramli tidak ma­hu dipertali­kan dgn orang yg belum dilihatnya; talian 1. wayar dsb yg menjalinkan atau menghubungkan alat-alat atau pesawat-pesa­wat elektrik dsb: pastikan ~ mikrofon, alat pera­kam dsb semuanya teratur; 2. aliran (laluan atau sambungan) hubungan telefon; dalam ~ (Komp) a) berada di bawah kawalan langsung unit pemprosesan utama komputer; b) berada dlm keadaan giat dan bersambung terus pd sistem utama komputer; luar ~ (Komp) ber­ada di luar kawalan atau tidak lagi bersambung dgn sistem utama komputer atau unit pemprosesan utama komputer; pertalian 1. perhubungan (kekeluargaan, persahabatan, dll) perkariban, sangkut paut: apa ~ kita dgn dia, maka ia hendak memberi aku barang-barang? 2. rangkaian yg mem­punyai nilaian yg sama (spt 2x + 5=11), per­samaan; ~ batin perhubungan yg tidak kelihatan; ~ darah perhubungan kekeluargaan; ~ silatu­rahim perhubungan persahabatan (persau­daraan); penali 1. sesuatu yg digunakan utk mengikat, pengikat; 2. ark takrif, kesimpulan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.li] | تالي

Definisi : = wang ~ mata wang yg bernilai dua puluh lima sen; setali dua puluh lima sen; ~ tiga wang sama sahaja, tidak lebih dan tidak kurang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.li] | تالي

Definisi : ~ puteri sj tumbuhan (herba), cemar batu, rambut puteri, Cassytha filiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Gnetum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.li] | تالي

Definisi : benda berutas panjang dan biasanya berpintal yg dibuat drpd berbagai-bagai bahan dan digunakan utk mengikat, mengebat, menarik dll. ~ air parit yg digali atau yg asli utk mengalirkan air ke kawasan bendang dll. ~ barut a. tali utk mengikat barut. b. orang yg menjadi penyampai rahsia. ~ belati tali yg dibuat drpd rami pokok sisal. ~ gasing tali utk memusingkan gasing. ~ kail tali utk mengikat mata kail. ~ leher pakaian yg diikatkan pd leher baju dan dibiarkan berjela ke hadapan; dasi. ~ persaudaraan hubungan antara orang-orang yg bersaudara atau bersahabat. ~ perut usus. ~ pinggang tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. ~ pusat bahagian usus yg menghubungkan bayi dgn uri. ~ rafia tali yg dibuat drpd gentian pokok rafia. ~ relap tali yg digunakan utk menghalau ikan. ~ sauh tali utk mengikat sauh. ~ sawat tali atau rantai di antara aci yg berpusing atau di antara takal utk menjalankan enjin atau utk menggerakkan sesuatu (spt barang-barang). ~-temali bermacam-macam jenis tali yg digunakan di kapal atau di perahu. bertali ada talinya; memakai tali: Ada juga jam saku yg diberi ~ dan dibubuh dlm saku. ~ arus tidak putus-putus (spt orang ramai, kenderaan yg lalu-lalang tidak henti-henti). bertali-tali bersambung-sam­­bung; berterusan: Di luar, hujan masih ~. bertalian ada kaitannya atau ada hubungannya; berkaitan; ber­hubungan. menali menangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali. mempertalikan menjadikan bertali­an atau berhubungan; mengaitkan; me­ng­­­­­gandingkan. talian 1 wayar atau kabel elektrik. 2 perhubungan tele­fon: Terdapat lima ~ ke pejabat itu. ~ terus perhubungan telefon yg tidak perlu melalui operator utk membuat panggilan. pertalian 1 hal berhubung antara satu dgn yg lain; perhubungan: Kedua-dua peristiwa itu tidak ada ~nya. 2 hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan; sangkut paut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tali (kata nama)
Bersinonim dengan serat, benang, dawai, wayar, kabel, rafia, rantai, rotan, reben, kenur, ketaya, keluan, untai, tambang, temeralang;,
Kata Terbitan : bertali, bertalian, bertali-tali, mempertalikan, pertalian,

Puisi
 

Lemah lembut pandan berduri,
     Putuslah tali tali tiada;
Lemah lembut membawa diri,
     Putuslah hati adik penanda.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Putus timba tinggal tali,
     putus tali tinggal timba.

Bermaksud :

Perempuan yang kematian suaminya atau seseorang yang berpisah daripada sahabat yang diharapkan olehnya.

 

Lihat selanjutnya...(49)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TAKAL

Takal ialah sejenis roda yang dipasangkan dengan

tali atau tali sawat bertujuan untuk memindahkan

tenaga dan melakukan kerja. Takal yang

dipasangkan dengan tali mempunyai rim beralur,

manakala takal untuk tali sawat pula, rimnya

berbentuk laras, dan tali tersebut dipasangkan di bahagian paling atas rim.

UMUM 
TALI

Tali diperbuat daripada lembar benang atau

dawai yang dipintal bersama. Saiznya adalah antara

4.8 milimeter hingga melebihi 152 milimeter

mengikut ukuran diameternya. Tali yang berukuran

kurang daripada 4.8 milimeter tebal dikenali

sebagai tali pintal atau kord. Tali-temali ialah

istilah umum bagi tali, tali pintal atau kord yang

diperbuat daripada lembar benang.

UMUM 
TALI PINTAL

Tali pintal ialah kord yang tahan lasak yang

diperbuat daripada utas serat daun yang kuat,

selalunya daripada pokok sisal atau henekuen .

Utas ini dicampur dengan abaka untuk membuat

gentian manila. Tali pintal dibuat dengan menarik

serat hingga menjadi sliver, yang akan disikat dan

dipintal menjadi tali. Tali adalah lebih halus

daripada kord dan lebih tebal daripada benang.

Lihat juga Abaka; Sisal.

UMUM 
TALI LADUNG

Tali ladung, juga dikenali sebagai batu ladung,

ialah tali yang mempunyai pemberat di satu

hujungnya. Pemberat, yang dikenali sebagai

unting-unting , mengekalkan tali tegak ke atas dan

ke bawah. Tali ladung digunakan oleh penurap

bata dan tukang batu sebagai panduan menegak

dalam membina dinding. Juruukur dan jurutera

menggunakan tali ladung untuk menegakkan alat

lihat yang dikenali sebagai transit pada titik

tertentu. Ia juga digunakan bagi menentukan

kedalaman air atau penggalian. Tetapi anak kapal

di kebanyakan kapal menggunakan alat yang

dikenali sebagai fatometer dan sonar untuk

mengukur bagi kedalaman air.

Lihat juga Kerja ukur (Alat ukur).

UMUM 
TALI PUSAT

Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang

menghubungkan janin (bayi yang belum

dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat

mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri

membawa darah yang mengandungi hasil sisa

daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa

darah yang mengandungi oksigen dan bahan

makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila

bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali

pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen

bayi, dengan berhati-hati.

UMUM 
TALI PAKAL

Tali pakal ialah serat longgar yang diperoleh

dengan membuka tali rami lama yang bertar. Serat

ini digunakan, terutamanya untuk memakal atau

menyumbat kelim kapal kayu supaya ia kedap air.

Tukang paip menggunakan tali pakal untuk

membalut paip dalam paip sisa. Tali pakal putih ,

yang diperbuat daripada tali yang bersih,

dahulunya digunakan untuk tujuan perubatan,

seperti membalut luka.

UMUM 
TALI LEHER

Tali leher ialah sejalur kain atau tali leher kupu-kupu

yang dipakai di keliling leher. Ikatan empat-dalam-

tangan (simpul hidup) dan tali leher kupu-kupu

( bow ) yang dipakai hari ini adalah gaya yang

hampir sama dipakai ketika ia mula-mula

diperkenalkan pada tahun 1870-an.

UMUM 
KATGUT

Katgut ialah sejenis tali yang kuat yang diperbuat

daripada usus beberapa jenis haiwan dan

digunakan terutamanya sebagai tali alat muzik dan

untuk menjahit luka. Kebanyakan katgut diperbuat

daripada usus babi atau biri-biri. Usus tersebut

dikoyakkan menjadi lembar dan kemudian dicuci,

diawet, dan dipintal menjadi tali.

UMUM 
MAKRAMI

Makrami ialah seni atau teknik untuk membuat

barangan dan praktikal hiasan dengan

menyimpulkan tali, kord atau benang besar. Hasil

seni ini boleh digunakan untuk membuat pakaian,

tali pinggang dan dompet dan juga arca, hiasan

gantung di dinding serta barangan perhiasan lain.

UMUM 
SONOMETER

Sonometer ialah alat yang digunakan untuk

mengkaji perhubungan matematik nada dalam

muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai

monokod, mengandungi seutas tali yang diregang

ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada

roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar

lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah

getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali

dipendekkan atau diperketat.

UMUM 
12345

Kembali ke atas