Saya ingin bertanya apakah asal usul e pepet dan e taling? Semestinya nama pepet dan taling itu diberi oleh seseorang. Seterusnya apakah sebutan taling yang betul? Taling atau teling (teyling). | Tidak ada maklumat tentang sejarah kewujudan huruf e pepet dan e taling dalam pangkalan data kami. Sebutan adalah seperti ejaan - taling. | Tatabahasa | 05.08.2015 |
sebuatan untuk perkataan pensel, d imana letaknya e taling dan e pepet. terima kasih | Dalam ejaan pensel - e (taling) + e (taling). Contoh penggunaan e (pepet) seperti dalam ejaan emak, emas dan lebih. | Tatabahasa | 15.04.2011 |
kek ialah e pepet atau e taling? | e taling | Ejaan | 21.07.2014 |
Bagaimana untuk saya bezakan antara e taling dan e pepet? ada tak formula tertentu untuk mengenali e taling dan e pepet? | Merujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, hanya tiga vokal iaitu i, a dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o dan e (pepet) hanya hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate dan tauge. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu muka surat 300. | Tatabahasa | 29.09.2014 |
Salam, Saya masih keliru dengan sebutan perkataan 'Erat' adakah ianya disebut sebagai e taling atau e pepet... apakah hukum penggunaan e taling dan e pepet. Terima Kasih | Huruf e pada kata erat ialah e taling, sebutannya sama seperti kerat, berat dan jerat. | Tatabahasa | 06.10.2011 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA E PEPET DAN E TALING?? | Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, di bawah pola keselarasan huruf vokal, e pepet boleh diikuti a, i, u dan dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti emak, petik dan beku, manakala e taling boleh diikuti a, e (taling), o dalam suku kata kedua akhir tertutup seperti elak, leper dan ekor . | Ejaan | 21.03.2012 |
sebutan 'komedi' sebutan 'e' pepet atau taling | Jawapannya ialah 'e' taling. Harap maklum. | Lain-lain | 23.05.2008 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya yang manakah kombinasi simbol fonetik untuk vokal 'e' yang tepat? 1. [é] (untuk e taling) dan [e] (untuk e pepet) atau 2. [e] (untuk e taling) dan [ə] (untuk e pepet) Terima kasih. | Simbol bunyi untuk e pepet [e] seperti e.mak dan simbol bunyi untuk e taling [ə] seperti ə.kor. | Tatabahasa | 23.07.2015 |
Cara sebutan sumbaleweng menggunakan e taling atau e pepet? Terima kasih. | Bunyi e dalam perkataan Sambaleweng ialah e taling. | Ejaan | 04.05.2017 |
minta tanya apakah bacaan e dalam perkataan selop? E taling atau e pepet? | Selop - e taling seperti telor (tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul) berdasarkan pola kesalarasan vokal. | Tatabahasa | 08.09.2013 |