Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : 1. keadaan masyarakat manusia yg dicirikan oleh atau didasarkan pd taraf kema­ju­an kebendaan serta perkembangan pemikir­an (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, per­adaban; 2. negara dan penduduknya yg telah mencapai taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik, dll) yg tinggi, peradaban: ~ Arab; 3. budaya atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu, per­adaban: ~ Islam; ~ klasik; 4. keadaan pemikir­an (budaya dan moral) yg halus, peradaban; bertamadun 1. telah mencapai tamadun, ber­peradaban, beradab: barang-barang itu ialah buatan dr negeri-negeri yg lebih ~ dan lebih maju; 2. mempunyai pemikiran (budaya dan moral) yg halus, berperadaban, beradab: kita mestilah menyelesaikan masalah itu dgn cara yg ~; mentamadunkan menjadikan bertamadun: dlm proses perkembangan sistem penjajahan Barat, Tanah Melayu mula ditamadunkan; ketamadunan perihal tamadun, (segala-gala) yg berkaitan dgn tamadun: malah drama sendiri merupakan sbg cermin kpd ~ dan kebijaksanaan sesuatu bangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ma.dun] | تمدون

Definisi : cara hidup yg serba ber­kemajuan; peradaban. bertamadun sudah maju dlm cara hidup; ber­kemajuan; beradab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamadun (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan peradaban, budaya, cara hidup, kemajuan, kemodenan;,
Kata Terbitan : bertamadun,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civilizationtamadunArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKeadaan hidup masyarakat yang bertambah maju. Tamadun berasal daripada perkataan Arab maddana yang bererti membina suatu bandar atau masyarakat yang mempunyai peradaban. Namun begitu, tidak semestinya peradaban merujuk kepada kemajuan yang dicapai di kota atau bandar semata-mata. Hal ini kerana peradaban manusia mempunyai tahap tertentu, iaitu peradaban rendah, primitif di desa dan peradaban tinggi di kota atau bandar. Contohnya, tamadun Yunani, tamadun Mesopotamia dan tamadun Rom. Sinonim peradaban.
Mycenean civilizationtamadun MyceneaBiologiMikologiTamadun dahulu kala di Greek yang dinamai sempena nama cendawan.
civilisation wavegelombang tamadunSejarahTiadaArus perubahan yang melanda sesuatu tamadun yang membawanya ke arah peningkatan atau kemajuan yang lebih tinggi.
civilisationtamadunKesusasteraanTiada.
civilisationtamadunPendidikanTiadaTiada
civilisationtamadunSosiologiTiadaTiada
civilisationtamadunUndang-undangTiadaTiada
civilisationtamadunSejarahTiada.
Aztec civilizationtamadun AztecGeografiTiadaTiada
preindustrial civilizationtamadun praindustriSosiologiTiadaTiada
123456

Kembali ke atas