Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.man] | تامن

Definisi : 1. kebun yg ditanami dgn pelbagai bunga-bungaan (utk bersenang-senang, bere­hat-rehat), kebun bunga; 2. ki tempat bersiar-siar (mengambil angin dll); 3. Jw tempat duduk pengantin perempuan (dihiasi bunga-bunga­an); 4. kawasan perumahan yg terancang (lengkap dgn kedai, sekolah dan kemudahan-kemudahan lain): T~ Tun Dr Ismail; ~ asuhan kanak-kanak = ~ bimbingan kanak-kanak tempat kanak-kanak kecil biasanya dijaga sewaktu ibu bapa mereka bekerja dll, taska, tabika; ~ bacaan a) ruangan atau rumah tempat membaca buku; b) = ~ pustaka per­pustakaan, kutub khanah; ~ bahagia a) tem­pat menikmati kebahagiaan; b) makam utk pahlawan (yg telah terkorban dlm pepe­rangan); ~ berpusing (bertangkap, mayang) jenis-jenis tempat mandi (berkaitan dgn salah suatu istiadat); ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; ~ didikan kanak-kanak kelas atau sekolah kecil utk kanak-kanak yg berumur antara empat hingga enam tahun (sebelum mereka memasuki sekolah rendah), tadika; ~ hiburan tempat bersuka ria (dgn berjoget, bermain berbagai-bagai mainan, dll); ~ hutan (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; ~ larangan sl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja; ~ negara kawasan hutan milik negara yg dijadikan sbg kawasan perlindungan alam semula jadi, flora dan fauna, atau bahan sejarah; ~ sari kebun bunga (tempat bersenang-senang); air se~ air yg bercampur dgn berbagai-bagai bunga; pertamanan hal yg berkaitan dgn taman: minat kerajaan terhadap penghijauan, pe­ng­­in­dahan dan ~ pd akhir-akhir ini sangat menggalakkan; urusan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Pycreus nitens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : Mn ark rajin, betah, giat: ~ bekerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.man] | تامن

Definisi : 1 kebun yg ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan; kebun bunga. 2 ki tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. ~ bacaan a. ruang atau rumah tempat membaca buku. b. = ~ pustaka bilik atau bangunan tempat buku-buku bacaan dikumpulkan dan disimpan; perpustakaan. ~ botani kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk tujuan penyelidikan, utk dipamerkan kpd orang ramai bagi tujuan pemelajaran, dsb. ~ didikan (bimbingan) kanak-kanak tempat mendidik kanak-kanak (biasanya yg berumur antara empat hingga enam tahun). ~ hiburan tempat orang pergi bersuka ria. ~ hutan ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. pertamanan hal yg berkaitan dgn taman; urusan menyelenggarakan taman: Usaha ditum­pukan pd penghijauan dan ~ di kawasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Taman lipur di Pulau Tioman,
     Rumput kering lepas ditajak;
Terpisah sudah dara idaman,
     Runtuhlah tiang tempat berpijak.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar,
     jika tidak kerana bunga kembang di taman.

Bermaksud :

Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Taman-taman Kejadian diari puisi dan sketsa perjalanan Siti ZainonIsmailAdiputraWatan22.09.1996
Malam taman seni di taman budayaTiadaUtusan Melayu20.05.1972
Taman Merdeka buka minda menegenai era penjajahan: beriadah sambil belajar.Nor Azan Fitri Ahmad HidzirUtusan Malaysia (WS)27.05.2009
Taman SunyiFahd RazyBerita Harian06.12.2008
Taman LebaranNazim Mohd SubariBerita Harian22.10.2006
Taman Permainan BudiIkram AbdullahBerita Minggu17.12.2006
Taman Budaya Kelantan RM15 Juta Dibina-Utusan Malaysia10.04.2006
Taman Medan learning to live and let liveSennyah, Patrick dan Tan Choe ChoeNew Sunday Times10.12.2006
Taman SyawalZulkifli Mohd. TopBerita Minggu05.11.2006
Taman Laut dan MusimMohsin IbrahimBerita Harian12.10.1989
12345678910...

Kembali ke atas