Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba.han] | تمبهن

Definisi : 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bonusbonusBayaran tambahan selain gaji atau faedah simpanan sebagai sagu hati.Sekolah Rendah
kadar bungarate of interestKadar bayaran tambahan yang dikenakan pada pinjaman atau hutang.Menengah Rendah
faedahinterest1. Keuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank. 2. Bayaran tambahan kepada institusi kewangan yang perlu dibayar apabila seseorang meminjam wang dalam tempoh tertentu.Menengah Atas
faedahinterestKeuntungan yang diperoleh apabila seseorang menyimpan wang di dalam bank dalam akaun jenis tertentu, atau bayaran tambahan kepada bank apabila seseorang meminjam wang daripada bank.Menengah Rendah

Kembali ke atas