Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.ba.han] | تمبهن

Definisi : 1. sesuatu yg ditambahkan pd, imbuh, tokok: peraturan-peraturan dan ~-~ peraturan; 2. sesuatu (surat, keterangan, dll) yg dilampirkan, lampiran, pelengkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Peribahasa

Bertukar beruk dengan cigak,
     mengimbuh dengan kera.

Bermaksud :

Yang lama sama dengan yang baru. cigak = kera; imbuh = tambahan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
5 extra bonus days expirehari bonus tambahan tambahan 5 hari bonus tamat/habis tempohLain-lain12.05.2007
tambahan pula tidak digalakkan digunakan sebagai penanda wacana betul ke? adakah tambahan pula bermaksud sesuatu yang berikutan daripada isu yang sama atau isu yang lain?Tambahan pula bermaksud lebih-lebih lagi atau apa lagi. Tambahan pula merupakan sebahagian daripada penanda wacana - penghubung tambahan yang berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelum ini. Oleh itu, tambahan pula boleh digunakan.Tatabahasa13.10.2008
Bolehkah 'health supplements' diterjemahkan sebagai 'makanan tambahan kesihatan'? ataupun 'tambahan pemakanan kesihatan'?makanan tambahan kesihatan.Tatabahasa04.10.2007
Apakah frasa yang betul: 1. Menjana hasil tambahan; atau 2. Menjana tambahan hasil. Terima kasihFrasa yang betul ialah "Menjana hasil tambahan"Tatabahasa28.06.2022
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua.Tatabahasa08.04.2012
Salam...saya nak tanya..yang mana betul..pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan atau pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan?Perkataan matematik tambahan dieja dengan huruf kecil.Ejaan13.05.2013
Bolehkah frasa Tambahan lagi/Malah/Malahan digunakan sebagai penanda wacana dalam karangan? atau lebih sesuai digunakan pada bahagian tengah-tengah ayat? tq

Saudara Yew,

Penggunaan frasa tambahan lagi, malah atau malahan merupakan penanda penghubung, iaitu penghubung tambahan yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Oleh itu, ia boleh digunakan bergantung pada struktur ayat yang dibina. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa09.02.2010
tambahan:- saya ingin mengetahui proses-proses yang perlu saya lalui untuk menerbitkan buku? bermula dari peringkat awal hingga akhir?

Assalamualaikum saudara,

                                       Sekiranya saudara ingin menerbitkan buku, maka proses yang perlu dilalui pertamanya ialah, saudara perlu mengetahui bidang yang hendak saudara tulis dan kepada siapa sasaran yang hendak ditujukan atau siapa pembacanya. Saudara perlu juga mengetahui cara bagaimana menulis kertas cadangan judul kerana sebelum mengemukakan bahan penulisan sebaik mungkin saudara perlu menyatakan cadangan penulisan ini dalam kertas tersebut dan dikemukakan kepada penerbit. Kertas seharusnya mengandungi halaman tajuk iaitu tajuk lengkap yang berupaya memancing pembaca. Kedua, ia harus juga mengandungi pernyataan konsep buku yang dinayatakan dengan jelas perkara dan skop buku, manfaat dan ciri terbaik buku, mengenal pasti khalayak dan menyatakan wibawa penulis. Perkara ketiga ialah jadual kandungan cadangan. Senaraikan kandungan kertas cadangan dan nomborkan mengikut susunan.  Keempat, nyatakan tentang perihal buku - gagasan dan matlamat yang dilakarkan dalam pernyataan konsep. Mengapa buku ini perlu diterbitkan. Kelima, nyatakan perihal penulis, wibawa bidang, kerjaya, pendidikan, anugerah dan penghargaan yang diperoleh dan maklumat diri. Keenam, perihal saingan dan pasaran. Ketujuh, jadual kandungan buku. Kelapan, ringkasan bab dan kesembilan, bab contoh.  

                                      Kertas ini perlulah dikemukakan kepada kami untuk diluluskan tajuk penulisannya. Setelah diluluskan, barulah penulisan bermula yang harus disiapkan dalam jangka waktu tertentu mengikut jadual yang ditetapkan. Setelah siap lengkap secara keseluruhannya, serahlah judul ini kepada kami untuk dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial/Penerbitan. Apabila diluluskan, saudara dikehendaki menandatangani lesen perjanjian antara penerbit dengan saudara selaku penulis untuk tujuan pembayaran royalti. Proses seterusnya ialah penyuntingan, penyediaan manuskrip bersih, atur huruf, pruf dan seterusnya sehingga buku terbit.   

                                      Sekiranya, perlukan pertanyaan yang lebih terperinci mohon hubungi saya di talian 03-21481532. Maklumat lebih lanjut akan diberitahu kepada saudara. Sekian, harap maklum. 

 

 

 

Lain-lain12.06.2010
Gadis itu sangat baik budi pekertinya. Apakah pola ayat untuk ayat ini? Mohon pencerahan tuan. Selain itu, 'tambahan pula' tergolong dalam kata hubung gabungan; Dia tekun belajar, tambahan pula aktif dalam kegiatan kokurikulm. Oleh itu, bolehx "tambahan pula" digunakan pada pangkal ayat. Mohon pencerahan tuan

Pola ayat "Gadis itu sangat baik budi pekertinya" ialah  Frasa Nama (FN) + Frasa Adjektif (FA). Gadis itu (subjek) + sangat baik budi pekertinya (pradikat). Perkataan “tambahan pula” boleh digunakan dipangkal ayat sebagai penanda wacana  yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat tambahan lain dalam wacana. Penanda wacana "tambahan pula" hadir pada awal ayat lazimnya diberikan tanda koma selepas perkataan tersebut. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525 - 526. 

Tatabahasa03.08.2021
Selamat pagi, apakah yang dimaksudkan dengan kelas tambahan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, tambahan bermaksud sesuatu yang ditambahkan. Oleh itu itu, kelas tambahan bermaksud kelas yang ditambahkan selain daripada kelas biasa.Makna24.12.2013
12345678910...

Kembali ke atas