Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bo] | تمبو

Definisi : Mn riwayat dahulukala, babad, hikayat, sejarah: demikianlah ceritanya menurut ~ Sungai Ujung; membuka ~ lama membang­kit-bangkit (mengungkit-ungkit) perkara yg sudah-sudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.bo] | تمبو

Definisi : riwayat lama; babad; sejarah: ~ Minangkabau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tambotamboKesusasteraanTiadaTiada
oral tambotambo; sejarah lisanSejarahTiadaTiada
chroniclebabadKesusasteraanPuisiPuisi tradisional yang mengandungi rangkaian tema, persoalan serta peristiwa sejarah tanah air dan pahlawan yang terlibat dalam peperangan. Contohnya, Syair Siti Zubaidah dan Tambo Minangkabau. Sinonim tambo.
tambootamboKesusasteraanTiadaLihat terasul, teromba.
chronicletamboKesusasteraanPuisiLihat babad.
oral historytambo; sejarah lisanSejarahTiadaTiada
terombaterombaKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang mengandungi susunan undang-undang dan adat yang disampaikan dalam bentuk puisi. Ungkapan teromba terbentuk bebas, dan panjang rangkapnya tidak tetap. Teromba boleh terdiri daripada dua hingga berpuluh-puluh baris serangkap. Teromba mengandungi pemerian tentang salasilah adat, norma dan undang-undang adat yang terpakai dalam adat perpatih dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau. Baris teromba sering mengandungi peribahasa berangkap yang membawa tema perumpamaan, kiasan, atau perbandingan. Istilah yang dipakai bersama teromba ialah terasul dan tombo. Terasul merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya penggunaannya dalam majlis perbincangan beradat seperti dalam upacara pertunangan. Sementara tambo bermaksud kisah atau peristiwa sejarah, catatan sejarah atau kronikal. Kini tambo merujuk kepada kisah berunsur sejarah yang tersusun dalam bahasa yang tetap, dan dalam bentuk puisi yang sama seperti teromba. Namun, ketiga-tiganya hampir sama digunakan untuk merujuk kepada susunan kata-kata adat. Contoh teromba: Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Air melurut dengan bundarnya, Benar melurut dengan muafakatnya. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing. Yang tidak ada sama dicari, Sama sakit sama senang. Ke bukit sama mendaki, Ke lurah sama menuruni. Teromba berasal daripada bahasa Minangkabau yang bermaksud �salasilah, keturunan seseorang, sekumpulan masyarakat sesuatu bangsa, dan sesuatu sistem�. Teromba dikenali juga sebagai perbilangan. Lihat juga tamba, terasul.

Kembali ke atas