Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bu.nan] | تمبونن

Definisi : timbunan, longgokan, tom­pok­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soil moundtambunan tanahLandskapTiadaBukit-bukit kecil yang dibina dalam taman bagi tujuan menarik perhatian pengunjung dan sebagai tempat duduk.
antiquitieskarya kunoKesusasteraanTiadaHasil karya warisan sesuatu bangsa yang telah lama tetapi masih dianggap berguna. Contoh: Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Pararaton, Syair Ken Tambunan.
magarangmagarangMuzikTiada

 Tarian kaum Kadazandusun dari daerah pedalaman Tambunan, Sabah yang dipersembahkan semasa pesta menuai padi, majlis perkahwinan dan aktiviti sosial lain. Rentak bertingkah-tingkah dimainkan oleh pemain ensembel gong besar yang dikenali sebagai sompogogungan. Tarian ini mempunyai persamaan dalam gaya persembahan dengan tarian sumazau dari Penampang, Sabah. Lihat juga sumazau.

sanangsanangMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Sanang ialah gong berbusut yang diperbuat daripada tembaga. Bingkainya sempit dan sistem tiunannya tidak standard. Picnya berbeza daripada satu ensembel ke satu ensembel yang lain. Sanang dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah. Alat muzik ini terdapat dalam pelbagai ensembel gong besar di kawasan desa dan pantai barat, termasuklah en­sembel sopogandangan di kawasan Tambunan serta ensembel sompogogungan di kawasan Penampang. Terdapat beberapa jenis sanang dengan nama tertentu, iaitu sanang sumaring, sanang lapis, sanang tinukul dan sanang sandangau. Kesemua gong sanang digunakan untuk memainkan rentak tersendiri dalam ensembel gong besar bagi mengiringi tarian sumazau dan pelbagai upacara di Penampang, tarian magarang dan upacara pengebumian di Tambunan serta tarian atau upacara lain di kawasan pantai barat Sabah. Sanang sumaring juga dikenali sebagai koritikon di kawasan Tambunan. Sementara sanang lapis, tinukul dan sandangau juga mempunyai pelbagai nama di daerah yang berlainan di Sabah.

tagungtagungMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon jenis yang dipukul. Tagung ialah sejenis gong berbusut. Gong berbusut yang diperbuat daripada tembaga ini bersaiz besar, berbingkai sempit atau sederhana dan berdinding agak nipis. Tagung yang mempunyai register rendah, digantung dan di­pukul dengan pemukul yang berbalut. Terdapat dua jenis tagung, iaitu tagung buah dan tagung laid. Gong tagung buah menghasilkan pic yang paling rendah, sementara gong tagung laid menghasilkan pic yang tinggi sedikit daripada gong tagung buah. Kedua-dua biji gong ini dimainkan oleh dua orang pe­main secara bertingkah-tingkah untuk menghasilkan rentak terhasil serentak dengan bahagian rentak lain dalam ensembel sopogandangan dan ensembel gong besar. Tagung yang terdapat di negeri Sabah dimainkan oleh suku kaum Kadazan. Alat muzik ini juga terdapat dalam pelbagai ensembel gong besar di desa dan di pantai barat termasuklah ensembel sopogandangan di Tambunan dan ensembel sompogogungan di Penampang. Tagung dimainkan untuk mengiringi tarian sumazau, pelbagai upacara di Penampang, tarian magarang, upacara pengebumian di Tambunan dan tarian di pantai barat Sabah. Sinonim  tagung buah, tagung laid.

karatungkaratungMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Badannya berbentuk tong panjang yang diperbuat daripada kayu. Satu muka kulit dipasang pada baluh dengan tali dan belulang tersebut ditegangkan dengan baji kayu yang terletak di bawah tali. Permukaan kulit dipukul dengan sepasang kayu. Dalam ensembel sopogandangan, dram ini memainkan rentak yang sama de­ngan gong koritikon. Ensembel ini dimainkan oleh suku kaum Dusun yang tinggal di kawasan Tambunan, Sabah bagi mengiringi muzik tarian magarang dan muzik ritual pengebumian.

sulingsulingMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Suling biasanya diperbuat daripada buluh dan mem­punyai beberapa lubang jari. Alat muzik ini terdapat di seluruh Asia Tenggara dan dimainkan dalam tradisi muzik rakyat. Suling terdapat dalam pelbagai saiz dan jenis, iaitu (i) flut yang ditiup pada sisi melalui udara daripada mulut. Suling ini dikenali juga sebagai seruling oleh berbagai-bagai kaum di Sarawak. Dalam kalangan suku kaum Jah Hut di Semenanjung Malaysia, suling ini dikenali sebagai siloy dan begut, (ii) flut yang ditiup pada pangkal melalui udara daripada mulut. Dalam kalangan kaum Kadazandusun dari Tambunan, suling ini dikenali sebagai turali. Di Semenanjung Malay­sia kebanyakan alat flut dikenali sebagai suling yang ditiup pada pangkalnya. Suling tersebut merupakan flut jenis wisel atau rekorder, (iii) flut yang ditiup pada pangkalnya melalui udara daripada hidung. Flut hidung ini dikenali sebagai turali di seluruh daerah Dusun di Sabah, sementara dalam kalangan kaum Kadazan di Tambunan, alat muzik ini dikenali sebagai turahi. Kaum Kadazan di Penampang, Sabah pula menama-kan flut hidung sebagai tuahi. Rut hidung iiu" dikenali sebagai selengut atau selingut oleh Orang Ulu di Sarawak, dan pensol oleh suku kaum Temiar di Semenanjung Malaysia. Alat muzik ini menghasilkan melodi sebagai hiburan. Sinonim kesuling, sending. Lihat juga nabat, siloy, begut, selengut, turali.

turalituraliMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai aerofon jenis flut. Turali diperbuat daripada seruas buluh sumbiling yang berlubang pada salah satu hujungnya. Lubang tiupan di-tebuk pada buku asal. Alat muzik ini mempunyai tiga lubang jari dan satu lubang lagi untuk ibu jari. Turali ditiup pada pangkal dengan udara yang dihembus daripada hidung. Alat muzik yang terdapat di Sabah ini dimainkan dalam muzik rak-yat oleh kaum Dusun. Turali memainkan melodi solo untuk meluahkan perasaan sendiri yang kerap kali dikaitkan dengan perasaan sedih. Alat muzik ini juga meniru melodi pelbagai lagu dan canta ritual. Turali dikenali juga sebagai turahi oleh kaum Kadazandusun di Tambunan, manakala tuahi oleh kaum Kadazandusun di Penampang. Sinonim turahi.

 

 

 

tawagtawagMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Tawag berasal dari Asia Tenggara dan dimainkan dalam ensembel untuk muzik rakyat. Tawag ialah gong berbusut yang diperbuat daripada gangsa. Saiznya besar, berbingkai lebar dan berdinding tebal. Gong ini mempunyai register yang rendah, digantung dan dipukul pada busut dengan pemukul yang berbalut. Terdapat dua jenis tawag, iaitu tawag buah dan tawag laid. Gong tawag buah menghasilkan pic yang paling rendah, sementara gong tawag laid menghasil­kan pic yang tinggi sedikit daripada gong tawag buah. Kedua-dua jenis gong ini dimainkan oleh dua orang pemain secara bertingkah-tingkah bagi menghasilkan rentak terhasil secara serentak dengan bahagian rentak yang lain dalam ensembel sopogandangan dan ensembel gong besar. Tawag mengiringi tarian sumazau dan pelbagai upacara di Penampang, tarian magarang dan upacara pengebumian di Tambunan serta tarian di pantai barat Sabah. Sinonim tawag buah, tawag laid.


Kembali ke atas