Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.bu.ra] | تمبورا

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali empat dan berleher panjang yg digunakan dlm muzik India utk menghasilkan bunyi dengung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tambura


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tamburatamburaMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasinkasikan sebagai kordofon jenis lut. Badannya diperbuat daripada kayu yang berbentuk bulat. Tambura mempunyai leher panjang yang tidak berfret. Empat utas tali dipasang pada badan dan leher alat muzik tersebut. Tambura diletakkan secara menegak di hadapan pemain dan talinya dipetik dengan jari. Alat muzik yang terdapat di seluruh India menghasilkan dron, iaitu pic yang berterusan dalam muzik klasik Hindustani di utara India, dan Karnatak di selatan India.

tambura (In)tamburaKesenianTiadaAlat tali berasal daripada India.
setar (Parsi)setarKesenianTiadaAlat muzik seakan-akan tambura.
thumrithumriMuzikTiada

Genre vokal klasik ringan India Utara yang berasaskan teks romantik tentang Krishna. Thumri berasal dari Lucknow dan Benares di India Utara pada abad ke-19 dan diiringi alat har­monium, tambura, tabla dan sarangi. Melodi thumri menggunakan raga dan tala yang kurang kompleks daripada muzik klasik Hindustani yang lain dan improvisasi alap biasanya tidak diperkembang.


Kembali ke atas