Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tamburin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tamburin (G)TamburinKesenianTiadaAlat perkusi yang mempunyai kepingan logam nipis di bingkainya. Sinonim dengan istilah tambourine.
tambourinetamburinMuzikTiada

Alat muzik tradisional dan moden yang diklasinkasikan se­bagai membranofon jenis dram, dan idiofon jenis yang digoncang. Tamburin dimainkan dalam tradisi muzik klasik dan tradisi muzik rakyat di seluruh dunia. Baluhnya mem­punyai bingkai sempit dan diperbuat daripada kayu dengan beberapa piring logam kecil yang disisipkan antara bahagian bingkai tersebut. Terdapat dua jenis tamburin, iaitu (i) jenis dram membranofon yang mempunyai satu muka kulit. Muka kulit dipasang pada bingkai dengan paku logam. Tamburin dipegang secara menegak dengan sebelah tangan dan bing­kai atau muka kulitnya dipukul dengan tangan. Piring logam tersebut akan menghasilkan bunyi apabila dipukul. (ii) jenis idiofon yang digoncang. Tamburin ini berbingkai sempit dan piring logam dipasang pada bingkai tersebut. Alat muzik ini dipegang dengan tangan dan digoncang untuk menghasilkan bunyi. Kedua-dua jenis tamburin ini menghasilkan rentak dalam muzik.

tambourinetamburinKesenianTiadaAlat perkusi yang mempunyai kepingan logam nipis di bingkainya.
jikeyjikeyKesusasteraanTiadaTeater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh.
boleroboleroMuzikTiada

 Tarian Sepanyol yang bertempo sederhana dan bermeter atau berirama. Bolero popular pada akhir abad ke-18 dan abad ke-19. Tarian ini ditarikan oleh seorang penari atau secara berpasangan. Penari diiringi penyanyi dan kastanet. Kadangkala gitar dan tamburin turut dimainkan. Tarian ini merupakan sejenis hiburan bagi masyarakat di Sepanyol. Tarian ini juga terdapat di Cuba.Tarian hiburan Cuba ini diiringi alat genderang seperti bongo, dram conga dan klaves.

zapinzapinMuzikTiada

Muzik dan tarian rakyat yang diperkenalkan di Malaysia oleh orang Arab dari Hadramaut yang menetap di Johor sebelum abad ke-14. Terdapat dua jenis zapin di Johor, iaitu (i) Tarian dan muzik zapin Arab yang rancak dan bertenaga dipersembahkan oleh masyarakat keturunan Arab Johor. Lagu zapin berbentuk nyanyian pantun dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab. Zapin Arab diiringi alat muzik seperti oud atau gambus, gendang marwas dan gendang dok, (ii) tarian dan muzik zapin Melayu yang diperkenalkan dalam kalangan masyara­kat Melayu melalui teater bangsawan dan pentas joget pada tahun 1930-an dan tahun 1940-an serta melalui filem Melayu pada tahun 1950-an. Zapin Melayu diiringi alat muzik seperti biola, akordion, gambus, seruling, dok, rebana dan tamburin. Contoh zapin Melayu ialah Gambus Palembang dan Zapin Maulana. 


Kembali ke atas