Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.par] | تمڤر

Definisi : pukulan dgn tapak tangan, tepuk (dgn kuat): kena ~ dan nista;biar kena ~ dgn jari yg bercincin drpd kena jentik dgn tangan yg berkudis = kalau kena ~, biarlah dgn tangan yg pakai cincin, kalau kena tendang, biarlah dgn kaki yg pakai kasut prb kalau tersalah dlm sesuatu perkara biarlah dihukum oleh orang yg berkuasa atau ditegur oleh orang yg berilmu drpd dianiaya oleh orang yg bodoh; se~ seemas, dua ~ seemas baik ditampar benar-benar prb sepala-pala nama jahat jangan kepalang;bertampar bertepuk; ~ dada bertepuk dada; ~ tangan bertepuk tangan; bertampar-tampar saling menampar antara satu sama lain; bertampar-tamparan saling menampar antara satu sama lain; menampar 1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memu­put, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;menampar-nampar, menampari menam­par berulang-ulang (berkali-kali): permaisuri pun meratap juga serta menumbuk-numbuk dan ~ dada; menamparkan menggunakan sesuatu utk menampar, menampar dgn; tamparan 1. pukulan dgn tapak tangan, tepukan: dia terkenang pd ~ suaminya; 2. ki pukulan (ombak dll), tempuhan (angin): ~ ombak yg tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan; 3. peristiwa, kritikan, dsb yg tidak menyenangkan hati: isu bahasa itu memberikan ~ yg hebat kepadanya; ~ nyamuk tulang belikat;penampar pukulan dgn tapak tangan, tam­paran: sebuah ~ dr tangan kiri hinggap ke pipinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.par] | تمڤر

Definisi : ~ hantu sj tumbuhan (pokok), sepetir, sepetir (hantu, senduk), Sindora wallichii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.par] | تمڤر

Definisi : ; menampar memukul atau menepuk dgn tapak tangan: Kerana terlalu marah, dia ~ muka budak itu. menamparkan menggunakan se­suatu utk menampar; menampar dgn sesuatu. tamparan hasil perbuatan menampar; pukulan dgn tapak tangan. penampar tangan utk menampar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampar
Kata Terbitan : menampar, tamparan,

Peribahasa

Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin,
     kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut.

Bermaksud :

Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spank 1 n tampar(an), pukul: a ~ on the bottom reduced the little boy to tears, dgn sekali tampar di punggungnya, budak kecil itu menangis;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
volleyballn bola tampar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
piston slapn tampar omboh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
spanking 1 n tampar, pukul: I’ll give you a ~ unless you stop doing that, saya akan pukul kamu kecuali kamu berhenti melakukannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tinglevi have a pricking, stinging sensation in the skin, berdenyut-denyut (sedikit): my cheek was still tingling from the slap, pipi saya masih menggelenyar krn kena tampar; ~ with, berasa berdebar-debar krn: tingling with anticipation, berdebar-debar krn menunggu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
onthe school is built ~ the site of an old abbey, sekolah itu dibina di atas tapak biara lama; just leave it ~ the work-bench, tinggalkan barang itu di atas meja kerja; they played volley ball ~ the beach, mereka bermain bola tampar di pantai; he had a knapsack ~ his back, dia memikul beg galas di belakangnya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
feel~ free, a. feel comfortable, berasa selesa: he felt a lot freer after he took his jacket off, dia berasa lebih selesa selepas menanggalkan jaketnya; b. feel lack of control, limitation, berasa bebas: after she left the boarding school, she felt free, selepas meninggalkan sekolah berasrama, dia berasa bebas; c. (imper) jangan /segan-segan, malu-malu/: ~ free to help yourself from the fridge, jangan malu-malu utk mengambil apa saja dr peti ais; ~ like, (colloq) rasa nak: she felt like slapping his face, dia rasa nak tampar muka lelaki itu; ~ o’s way, a. berjalan meraba-raba;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas