Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tampin I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai terjemahan satu perkataan dibawah kategori sukan. Alat tersebut hanya mempunyai perkataan terjemahan dalam bahasa Inggeris dan diambil dari perkataan bahasa Rusia. Nama alat tersebut ialah Kettlebell (Eng; manakala dalam bahasa Rusia disebut Гири - Giri). Saya pernah terbaca satu artikel dalam surat khabar tempatan di mana ianya diterjemahkan sebagai "Besi Tampin". Soalannya ialah: adakah apa-apa cadangan terjemahan dari DBP untuk perkataan Kettlebell? Jika ada, apakah terjemahan sebenar? Jika tiada, bolehkan perkataan besi tampin digunakan sebagai terjemahan untuk perkataan kettlebell. Sekian Terima kasih

Kettlebell ditakrifkan sebagai “a round weight with a flat bottom and thick handle on top that is used for exercise and weight training”, iaitu sejenis pemberat daripada besi yag berbentuk bulat dan bertangkai dan digunakan untuk senaman. Tampin ialah bakul tradisional yang diperbuat daripada daun mengkuang yang dianyam untuk menyimpan manisan, biasanya dodol.  1">

Jika dilihat dari segi ciri-ciri seperti saiz dan bentuk, “kettlebell” seakan-akan tampin.  Oleh yang demikian, “Besi Tampin” sebagai padanan bahasa Melayu untuk “kettlebell” boleh diterima.

Istilah24.03.2019
Pengesahan bahasa papan iklan (TAMPIN ROJAK)

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/1">

Lain-lain03.11.2017

Kembali ke atas