Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung se­suatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan se­suatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup ke­malu­an anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegang­an cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk mang­gis; (memegang) ~ negeri (negara) (meme­gang) pemerintahan negeri (negara); ~ pe­merin­tah­an kuasa yg tertinggi dlm pemerin­tahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg ter­tinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang baha­gi­­an subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam seke­liling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencari­an­nya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tam­puk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas ber­permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : ~ pinang a) sj burung, burung bunga, Calyptomena viridis; b) sj burung, burung seluit, burung takau, Calyptomena v. viridis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tam.pu/] | تمڤوق

Definisi : 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pe­mimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan gagang: batang, tangkai, hulu, tapuk pemegang, pangkal,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan pucuk, yang tertinggi, yang teratas, yang utama.,


Puisi
 

Hitam-hitam si tampuk manggis,
     Bunga kemuning luruh di hulu;
Hitam-hitam kupandang manis,
     Putih kuning tinggal dahulu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Pinang pulang ke tampuk.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya; sudah cocok benar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kelarai tampuk jantungkelarai tampuk jantungKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk tampuk jantung pisang atau tampuk kelapa muda.
tampuk pinangtampuk pinangKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk tampuk pinang dengan empat pecahan kelopak.
tampuk kecuputampuk kecupuKesenianTiadaMotif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk tampuk buah cupu.
tampuk manggistampuk manggisKesenianTiada1. Motif tenunan berunsur tumbuhan berbentuk tampuk manggis.
tampuk buah kesemaktampuk buah kesemakKesenianTiadaMotif yang berunsur tumbuhan berbentuk tampuk buah kesemak atau pisang kaki.
kelarai tampuk manggiskelarai tampuk manggisKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk tampuk manggis.
kelarai tampuk pinangkelarai tampuk pinangKesenianTiadaCorak anyaman berunsur tumbuhan berbentuk dadu seperti tampuk buah pinang. Di Sabah dikenali dengan kelarai dadu. kelarai dadu, kelarai angkat cermin
kelarai tampuk pinang berantaikelarai tampuk pinang berantaiKesenianTiadaKelarai tampuk pinang yang bersambung-sambung yang disambung oleh satu mata gadas.
base (grain)tampuk (bijirin)PertanianTiadaTiada
pendongkokpendongkokKerisTiadaGelang perhiasan seperti tampuk bunga yang dipasang di antara bahagian hulu dengan bahagian mata. Sin: dokok, dongkok, dulang-dulang keris, mendak. Lihat penongkok.
123

Kembali ke atas