Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mu] | تامو

Definisi : 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM; ~ agung pelawat yg termulia; ~ yg tidak diundang bp pencuri, maling, perompak;bertamu pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang ~ ke rumahnya; menamu 1. pergi melawat, berkunjung, ber­tamu; 2. menjamu, memperjamu, menyuguhi; menamui datang melawat, mengunjungi; ketamuan kedatangan tamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : Br pekan (pasar) sehari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : 1 orang yg datang berkunjung atau yg diundang utk menghadiri sesuatu jamuan dll. 2 orang yg datang menginap di hotel dll. bertamu datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamu (kata nama)
Bersinonim dengan tetamu, pengunjung, pelawat, penziarah;,
Kata Terbitan : bertamu,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanyakan asal perkataan 'tetamu'. Adakah 'tamu-tamu' atau tetamu itu sendiri merupakan 1 perkataan? Jika bergitu, adakah salah jika saya gunakan 'tetamu-tetamu' dan 'para tetamu'? Sekian, terima kasih.Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu.Tatabahasa02.07.2013
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke?taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu.Tatabahasa22.10.2007
adakah perkataan 'tetamu' merupakan kata ganda bagi 'tamu'? jika benar, adakah frasa 'semua tetamu', 'para tetamu' dan 'tetamu-tetamu' salah dari segi tatabahasa? harap berikan penjelasan. terima kasih.Tetamu ialah orang yang diundang menghadiri sesuatu majlis/jamuan,dan dipanggil juga orang jemputan atau tamu. Tamu pula bermakna orang yang mengunjungi orang lain, datang membeli -belah atau tokoh seperti karyawan. Dari segi penggunaannya, boleh digunakan para tetamu.Makna23.11.2007
Soalan : Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi. (i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. (b) Pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. (c) Di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa melayan tetamu. (ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah. (d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi. (f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada waktu petang tadi.A. Ayat songsang ialah predikat mendahului subjek.

Ayat tersebut tidak gramtis. Ayat yang betul: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi.

(i) Ayat Songsang yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(a) Melayan tetamu di ruang tamu pada waktu petang tadi bapa. - Pendepanan seluruh predikat
(b) Pada petang tadi bapa melayan tetamu di ruang tamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)
(c) Di ruang tamu pada petang tadi bapa melayan tetamu. - Pendepanan sebahagian daripada predikat (Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat)

Ketiga-tiganya betul.
 

B. Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

(ii) Ayat Pasif yang manakah betul? Tolong berikan penjelasan jika salah.

(d) Tetamu dilayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. - Betul 
(e) Tetamu kena layan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "kena" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  
(f) Tetamu terlayan oleh bapa di ruang tamu pada petang tadi. Salah kerana penggunaan perkataan "terlayan" tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.  

Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411.
Tatabahasa25.10.2015
bolehkah tuan bezakan kegunaan perkataan tamu dan tetamu. adakah tamu menuinjukkan kepada seorang dan tetamu menunjukkan kepada ramai orang? terima kasih.Tamu dan tetamu membawa bermaksud yang sama, iaitu orang yg datang berkunjung atau yang diundang untuk menghadiri sesuatu jamuan dan lain-lain. Ia tidak khusus kepada jumlah orang.
Penyemakan dan penterjemahan25.06.2015
Ayat yang manakah betul dan gramtis? (a) Ali makan dengan gelojoh di ruang tamu pada petang tadi. (b) Ali makan di ruang tamu dengan gelojoh pada petang tadi. (c) Ali makan pada petang tadi di ruang tamu dengan gelojoh. (d) Pada petang tadi Ali di ruang tamu makan dengan gelojoh. (e) Ali makan di ruang tamu pada petang tadi dengan gelojoh.Daripada 5 contoh ayat yang diberikan, terdapat 4 ayat yang betul dan gramtis kecuali ayat 'd', iaitu "Pada petang tadi Ali di ruang tamu makan dengan gelojoh".Tatabahasa28.10.2015
soalan : bina ayat majmuk * ayah membaca surat khabar di ruang tamu. * ibu meninton televisyen di ruang tamu. dalam ayat majmuk," sementara" adakah kata hubung ini boleh diterima? ayah membaca surat khabar sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu.Ayat "Ayah membaca surat khabar, sementara ibu menonton televisyen di ruang tamu." boleh digunakan kerana tidak ada kesalahan.Tatabahasa12.09.2017
Para tamu yang hadir semasa majlis pelancaran kereta Proton Inspira itu diberi sambutan yang meriah. Munsyi, adakah para tamu salah dalam ayat ini? terima kasihPerkataan "para tamu" tidak salah dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.06.2012
apakah perbezaan tamu dan tetamu? adakah perlu penggunaan perkata Para untuk tetamu? para tetamu batul atau salah?Tamu bermaksud orang yang datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), manakala tetamu bermaksud orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain. Berdasarkan huraian tersebut terdapat perbezaan maksud antara tamu dengan tetamu. Merujuk makna dalam kamus tidak ada penanda tunggal atau jamak bagi perkataan perkataan tamu dan tetamu. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat, maka tidak salah jika perkataan para tetamu digunakan selagi tidak membawa maksud berlebih-lebihan seperti ramai para tetamu, cukup sekadar ramai tetamu atau para tetamu.Tatabahasa08.04.2014
Soalan: Bapa melayan tetamu di ruang tamu pada petang tadi. Adakah ayat songsang berikut tepat dan gramtis? (a) Di ruang tamu bapa melayan tetamu pada petang tadi.Di ruang tamu bapa melayan tetamu pada petang tadi. Ayat ini betul.Tatabahasa30.10.2015
123456

Kembali ke atas