Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.mu] | تامو

Definisi : 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : 1. orang yg datang mengunjungi orang lain (menghadiri jamuan dll), pengunjung: se­orang ~ selalu diterima dgn sukacita; 2. orang yg datang utk membeli-belah di kedai (menginap di hotel dll): pelayan yg berdiri di belakang meja bar, sibuk melayani ~-~ lainnya; 3. tokoh spt karyawan, penulis, seni­man yg ditempatkan di sesebuah institusi (organi-sasi) utk menghasilkan karyanya: Arena Wati menjadi karyawan ~ di Fakulti Sains Pem-bangunan UKM; ~ agung pelawat yg termulia; ~ yg tidak diundang bp pencuri, maling, perompak;bertamu pergi melawat, datang berkunjung: banyak orang datang ~ ke rumahnya; menamu 1. pergi melawat, berkunjung, ber­tamu; 2. menjamu, memperjamu, menyuguhi; menamui datang melawat, mengunjungi; ketamuan kedatangan tamu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : Br pekan (pasar) sehari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.mu] | تامو

Definisi : 1 orang yg datang berkunjung atau yg diundang utk menghadiri sesuatu jamuan dll. 2 orang yg datang menginap di hotel dll. bertamu datang berkunjung; melawat ke sesuatu tempat, hadir di sesuatu jamuan dll: Saudara-maranya ~ di rumahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamu (kata nama)
Bersinonim dengan tetamu, pengunjung, pelawat, penziarah;,
Kata Terbitan : bertamu,

Puisi
 

Ini lagu serampang laut,
     Pulau Tamu jauh sepadan;
Layar berkembang kemudi dipaut,
     Tidak laju celaka badan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
guest billbil tamu; pemeriksa tamuPentadbiran PerniagaanTiada1. Bil tamu: Bil seperti borang untuk pelayan restoran mencatat makanan serta minuman yang dipesan oleh pelanggan.,2. Pemeriksa tamu: Orang yang memeriksa tetamu.
guest checkbil tamu; pemeriksa tamuPentadbiran PerniagaanTiada1. Bil tamu: Bil seperti borang untuk pelayan restoran mencatat makanan serta minuman yang dipesan oleh pelanggan.,2. Pemeriksa tamu: Orang yang memeriksa tetamu.
presidential suitesuite presidenPelanconganTiadaBilik hotel yang mempunyai ruang tamu dan bilik tamu yang dilengkapi dengan peralatan mewah dengan harga yang mahal.
living roomruang tamuKesenianSeni BinaRuang atau kawasan di dalam sebuah rumah kediaman yang digunakan untuk berehat dan bersosial. Ruang tamu kadangkala disebut sebagai bilik depan kerana terletak berhampiran dengan pintu masuk utama di bahagian depan rumah. Istilah ruang tamu dicipta pada penghujung abad ke-19 atau awal abad ke-20. Di Malaysia, penggunaan ruang tamu boleh dilihat pada semua jenis tipologi rumah.
drawing room playdrama ruang tamuKesusasteraanTiadaDrama berlatarkan ruang tamu rumah dari awal hingga penghujung plot. Drama ini berkembang semasa zaman Victorian di United Kingdom. Drama Melayu beraliran realisme cenderung memaparkan latar ini. Contoh: Drama Tamu di Bukit Kenny karya Usman Awang dan Atap Genting Atap Rumbia karya Kala Dewata.
allowanceelaun; basi; kelonggaran; rebat tamuPentadbiran PerniagaanTiada3. Rebat tamu: Pengurangan jumlah caj dalam folio atau akaun tetamu kerana perkhidmatan yang kurang memuaskan.
lounge chairkerusi ruang tamuKesenianTiadaKerusi atau perabot yang direka khusus untuk diletakkan di ruang tamu, rumah, pejabat dan sebagainya.
hall standkabinet ruang tamuKesenianTiadaKabinet tinggi yang mempunyai cermin muka, penyangkut dan ruang menyimpan barang, biasanya diletakkan di laluan masuk ruang tamu.
suitebilik suitePentadbiran PerniagaanTiada2. Bilik bercantum yang mempunyai satu atau lebih katil dan ruang tamu dan biasanya mempunyai bilik tambahan seperti bilik tamu.
guest computerkomputer tamuKomputerTiadaTiada
1234

Kembali ke atas