Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.nah] | تانه

Definisi : a) kawasan suci (Mekah, Madinah); b) tanah yg didiami tanpa kebenaran kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : ark ukuran panjang yg bersamaan dgn enam kaki atau 1.8 meter, depa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.nah] | تانه

Definisi : 1 lapisan bumi yg di atas sekali (tempat orang mendirikan rumah, bercucuk tanam dll): Beliau telah membeli sebidang ~ seluas lima ekar di Sabak Bernam. 2 kawasan bumi yg bersempadan, yg diperintah oleh sebuah kerajaan atau yg diduduki oleh sesuatu bangsa: ~ Melayu; ~ Jawa. 3 warna dasar pd kain dll. ~ datar (pamah) tanah yg rata. ~ gambut tanah lembut yg bercampur dgn tumbuh-tumbuhan yg reput. ~ gembur tanah yg subur yg terdiri drpd campuran pasir, tanah liat dan bahan organik yg reput. ~ jajahan negeri (negara) yg dijajah oleh negara asing. ~ liat tanah yg lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan (biasanya digunakan utk membuat bata dll). ~ merah tanah liat yg di dlmnya terdapat zat besi dan biasanya digunakan utk membuat jalan. ~ pusaka tanah yg diwarisi turun-temurun. ~ rizab tanah simpanan atau tanah yg dikhaskan utk sesuatu tujuan atau utk sesuatu golongan. ~-tanih segala macam tanah. ~ tumpah darah tempat seseorang dilahirkan. ~ usang tanah yg tidak subur lagi. ~ wakaf tanah yg didermakan utk kegunaan orang ramai. bertanah mempunyai tanah; memiliki tanah: Orang-orang yg tidak ~ hendaklah diberi tanah hutan yg baru dibuka supaya mereka dpt bercucuk tanam, berkebun dan berladang. pertanahan hal-hal mengenai tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Kalau digali tanah berbingkah,
     tanah berderai yang akan bertemu.

Bermaksud :

Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH AWAM

Tanah awam ialah kawasan tanah terbuka yang

boleh digunakan bersama. Kini, kebanyakan orang

menggunakan tanah awam untuk rekreasi. Tetapi,

pada Zaman Pertengahan, di England, orang

menggunakan tanah awam untuk melepaskan haiwan

meragut rumput, untuk menebang pokok dan

menggali turf. Aktiviti ini dikenali sebagai hak

bersama. Tuan tanah memberi hak ini kepada

penyewa tanah di atas tanahnya, kerana tanah

penyewa sendiri hanya cukup untuk tanaman. Pada

tahun 1967, pendaftaran kesemua tanah bersama dan

pendaftaran kawasan hijau di bandar dan kampung

bermula.

UMUM 
TANAH LIAT

Tanah liat ialah bahan yang terdapat di dalam

kebanyakan jenis tanah. Ahli geologi mentakrif

tanah liat sebagai zarah tanah yang sangat kecil,

yang diameternya berukuran kurang daripada

empat mikrometer. Perkataan tanah liat juga

merujuk kepada bahan bertanah, yang terdiri

daripada jenis mineral silikat tertentu, yang telah

pecah disebabkan luluhawa.

UMUM 
TANAH BENCAH

Tanah bencah ialah sebuah kawasan tanah yang

aras airnya kekal hampir atau di atas permukaan

tanah selama hampir sepanjang tahun.

Tanah bencah meliputi kira-kira enam peratus

daripada permukaan tanah bumi. Ia menampung

pelbagai jenis haiwan dan kehidupan tumbuh-tumbuhan

dan merupakan satu daripada ekosistem

dunia yang paling produktif (subur) dari segi biologi.

Tanah bencah pantai, muara dan kukup ialah tempat

bertelur dan pembiakan yang penting bagi ikan dan

kerang-kerangan. Tanah bencah juga berupaya

menyaring keluar keseluruhan pencemaran dalam air

seperti virus daripada kerja kumbahan atau logam

berat daripada loji industri.

UMUM 
TANAH ATAS

Tanah atas ialah lapisan permukaan tanah.

Biasanya, kedalamannya antara 10 hingga 25

sentimeter. Struktur dan ketebalan tanah atas

menggalakkan pertumbuhan sistem akar tanaman.

Tanah atas kaya dengan sejenis kandungan yang

dikenali sebagai humus , satu sumber makanan

penting bagi setiap tanaman seperti bijian kecil dan

rumput (lihat Humus ). Tanah atas juga mengandungi

bakteria yang diperlukan untuk tumbesaran tanaman.

Tanah atas yang subur diperlukan untuk pertanian,

landskap dan perkebunan. Oleh itu, ia dianggap

sebagai salah satu dari sumber semula jadi yang

penting. Masa selama beratus-ratus tahun diperlukan

di dalam proses pembentukan tanah atas. Oleh sebab

itu, pemeliharaan tanah atas adalah satu dari tujuan

utama pemuliharaan tanah.

UMUM 
TANAH JAJAHAN

Tanah jajahan ialah petempatan yang ditubuhkan

oleh sesuatu kumpulan penduduk di luar negara asal

mereka, tetapi tetap diperintah oleh tanah air mereka.

Tanah jajahan ditubuhkan dengan tujuan untuk

mencari lebih banyak kawasan yang dapat dijadikan

tempat tinggal agar dapat mengurangkan tekanan

kepadatan di tanah air mereka, untuk meningkatkan

perdagangan dengan mencari pasaran bagi barang-barang

buatan, untuk mendapatkan sumber bahan

mentah, untuk melindungi kepentingan ketenteraan,

dan untuk meningkatkan prestij negara ibunda.

Hampir separuh daripada negara anggota

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah bekas

tanah jajahan yang mendapat kemerdekaan sejak

Perang Dunia II (1939–1945).

UMUM 
TANAH FULLER

Tanah fuller ialah bahan seperti tanah liat yang

meluntur dan membersihkan lemak dan minyak. Ia

mengandungi 50 peratus hingga 80 peratus silika.

Pelunturan dan pembersihan berlaku apabila zarah

dari tanah fuller menghilangkan asfalt dan damar

daripada bahan berlemak atau berminyak. Zarah

tersebut melakukannya dengan menyerap (mengutip

dan mengumpulkan) asfalt dan damar tersebut (lihat

Penyerapan dan penjerapan ).

UMUM 
PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYUPENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU, pemerintahan Jepun di Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.  Kejayaan Jepun menakluki Tanah Melayu dalam masa yang singkat berkait rapat dengan penyesuaian taktik peperangan tentera Jepun dengan China di medan perang sejak tahun 1937.  di samping itu, kelemahan pertahanan British kerana tumpuan kepada pertahanan di Eropah.
SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SLOTH TANAH

Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah

pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar

kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar

gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat

dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa

sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki

belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang

tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak

seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok.

UMUM 
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 
TANAH JERLUSLonggokan pasir di permukaan bumi yang tidak mempunyai cukup kekuatan untuk menanggung beban di atasnya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
12345678910...

Kembali ke atas