Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tanah (kata nama)
Bersinonim dengan daratan, benua, bumi, ardi, bentala, butala;,
Kata Terbitan : bertanah, mengetanahkan,

Puisi
 

Naik gunung mana arak,
     Batu mana tanah air;
Rendah gunung tinggi arak,
     Dari awal sampai akhir.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu.Untuk makluman, lembah bermaksud:
 
1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai).
2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah).

Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan.

(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
(ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.

Makna02.11.2015
Aslm tuan, saya ada soalan berkaitan etimologi bagi "rusiga". Adakah rusiga ini sebenarnya kependekan bagi "rumput segi tiga"? Selain itu, saya ingin bertanya tentang padanan rasmi bagi "rush", iaitu sejenis tumbuhan bak rumput dalam keluarga Juncaceae. Adakah purun boleh dipakai?1. Menurut Kamus Dewan Perdana (KDP) (DBP, 2020) rusiga ialah tumbuhan jenis herba daripada famili Cyperaceae yang batangnya bersegi, bulat atau leper serta kasar, akarnya menjalar, daunnya runcing, bunganya halus berjambak dan berbeza-beza mengikut jenis, biasanya tumbuh di kawasan lapang dan kering, mis rumput sendayan. Tidak terakam asal usul kata rusiga ini daripada kependekan rumput segi tiga. Frasa rumput segi tiga juga tidak dijadikan entri/frasa dalam KDP.

2. purun 1;  purun danau ialah rumput sendayan yang hidup di dalam paya atau air yang cetek, dan ditanam di beberapa bahagian di Borneo untuk dijadikan tikar dan bungkusan barang; Lepironia articulata;

purun tikus
ialah rumput sandang; Fimbristylis globulosa.

rumput sandang
ialah rumput yg berbatang leper, agak tinggi, banyak terdapat di kawasan tanah rendah dan lembap, dan batangnya yang dikeringkan boleh dijadikan bahan anyaman; purun tikus; Fimbristylis globulosa.

purun
2 ► rumput purun batu

rumput puruh batu
atau rumput purun batu ialah rumput kepala lalat (tumbuhan); Fimbristylis dichotoma.

rumput kepala lalat ialah rumput sederhana tinggi yang tumbuh berumpun, bunganya berjambak di tengah rumpun, berdaun tirus dan biasanya berbulu, hidup liar di kawasan lapang, boleh dijadikan baja hijau, dan tumbuhan ini boleh dijadikan makanan binatang ternakan; rumput para-para; rumput purun batu; Fimbristylis dichotoma.

Berdasarkan senarai kata dalam PRPM dan KDP, tiada padanan tepat bagi rush yang berkaitan dengan sejenis rumput. Kata purun atau frasanya hanya boleh digunakan jika nama saintifik tumbuhan/rumput tersebut sama seperti yang tersebut di atas.
Makna04.09.2023
apakah erti baruh?Baruh bermaksud (kawasan) tanah yg lebih rendah letaknya (hilir, dekat pantai).Makna01.04.2010
apa lagi ada jenis mengenai topographical tanah selain dari bukit, rata. ada tak perkataan beralun dan apa ertinyaBeralun bermaksud berbentuk tinggi rendah spt ombakMakna14.09.2007
1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini?

1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk.

2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan.
Tatabahasa07.12.2014
apakah maksud legasi?

Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'  merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).


 

Tatabahasa17.01.2013
Apakah maksud perkataan Melayu beris? Hasil carian di PRPM tidak memaparkan entri yang yang mengandungi kata/istilah beris.Tiada kata beris dalam kamus terbitan DBP/PRPM. Hanya terdapat frasa tanah bris/beris dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) yang bermaksud (bidang Geografi) tanah yang mempunyai lebih daripada 30 peratus kandungan pasir, dengan suhu permukaan yang tinggi, kurang daya pegangan air dan kandungan zat pemakanan yang rendah.Makna26.08.2023
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1.  pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3.  kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan).Makna10.01.2013
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih.
  • Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.
  • Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasih
  • n 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan.
  • Makna21.05.2009
    Apakah yang dimaksudkan dengan Pembantu Tadbir?

    Salam sejahtera,

    Terdapat empat skim perkhidmatan yang mempunyai gelaran Pembantu Tadbir. Skim perkhidmatan tersebut ialah:

    1.     Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dahulunya dikenali sebagai Kerani

    2.     Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) dikenali juga sebagai Personal Assistant kepada seseorang pegawai

    3.     Pembantu Tadbir Rendah dikenali juga sebagai Jurutaip

    4.     Pembantu Tadbir Tanah yang berkhidmat dengan jabatan yang melaksanakan urusan yang berkaitan dengan    

           pengurusan tanah.

    Terima kasih.

     

    Lain-lain08.10.2008

    Kembali ke atas