Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanam;

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya inginkan kepastian peribahasa mana yang betul? Tanam tebu di bibir atau tanam tebu di tepi bibir?Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, peribahasa yang betul ialah Bertanam tebu di bibir. Takrifannya, mengeluarkan perkataan yang manis-manis (untuk membujuk dan sebagainya).Sastera31.10.2015
Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh bahagian ini. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Ambil rumput ini sedikit demi sedikit dan tanam di seluruh kawasan ini".Tatabahasa07.12.2022
Saya keliru ayat untuk soalan ujian Di bawah betul atau salah. Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda gemarkan kerja-kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan. Dalam ayat ini,Ada kata bilangan jamak Dan menggunakan kata Ganda kerja-kerja. Harap dapat membantu dengan penjelasan.

Ayat yang betul ialah “Sejak akhir-akhir ini ramai pemuda menggemari kerja bercucuk tanam kerana mendatangkan hasil yang lumayan.”.

Kata jamak ramai pemuda betul kerana ramai telah merujuk bilangan lebih daripada seorang pemuda. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian kata bilangan Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) halaman 287.

Kerja-kerja bercucuk tanam digantikan dengan kerja bercucuk tanam sahaja kerana perkataan “kerja” merujuk kepada perbuatan bercucuk tanam.

Tatabahasa18.01.2024
Salam. A) Ibu menanam bunga di taman. Ibu menanam pokok bunga di taman. Ibu menyiram bunga di taman. Ibu menyiram pokok bunga di taman. Manakah ayat yang tepat? B) Ibu tanam sayur di kebun. Bolehkah guna " tanam " dalam ayat?Ayat yang betul ialah   1). Ibu menanam pokok bunga di taman; 2). Ibu menyiram pokok bunga di taman. 3). Ibu menanam sayur di kebun. (kata kerja  "taman"  mendapat awalan meN- iaitu "menanam"  yang membawa maksud melakukan sesuatu)
(
Tatabahasa20.09.2020
(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu. (ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu. Soalan: Mengikut jawaban buku, penggunaan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat di atas adalah salah. Jadi apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "lembah" dalam kedua-dua ayat itu.Untuk makluman, lembah bermaksud:
 
1. Tanah rendah (di perkakian gunung atau bukit), tanah pamah (di kiri kanan sungai).
2. (Kiasan) jurang kehidupan, tempat yg paling rendah atau hina, berlembah ada atau terdapat lembah (berkenaan tanah).

Berdasarkan maksud lembah tersebut, ayat yang tuan/puan kemukakan tidak ada kesalahan jika perkataan lembah digunakan.

(i) Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
(ii) Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.

Makna02.11.2015
Salam, Mohon pencerahan versi sebenar lagu kanak2 berikut Air pasang malam atau air pasang pagi atau air pasang dalam? Pokok bunga melur tanam tepi kolam atau tepi batas? Itik bertelur ayam menetas atau mengeram? Terima kasih
Untuk makluman tuan, lirik lagu kanak-kanak ini bukanlah di bawah bidang kuasa dan hak cipta DBP. Oleh itu, DBP tidak mempunyai maklumat tepat tentang  lirik lagu yang betul.  Walau bagaimanapun, kebiasaannya lirik lagu yang biasa dijumpai ialah seperti yang berikut: 

Air pasang dalam
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit

Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa isteri comel terselit bawah dapur.
Lain-lain15.11.2021
Dia tercabut tanaman yang ditanam olehnya. Dia tercabut tanaman yang dia tanam. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Dia tercabut tanaman yang ditanamnya". Tatabahasa28.03.2022
Selamat sejahtera. Adakah ejaan 'stereofoam' betul dalam bahasa melayu? Contoh ayat: Sistem akuaponik Raft merupakan kegiatan bercucuk tanam dengan menggunakan sterefoam. Sekian, terima kasih.

Istilah 'styrofoam' dalam bahasa Inggeris diberikan padanan  'stirofoam' dalam bahasa Melayu. Stirofoam ialah nama dagang bagi satu bentuk plastik yang dikenali sebagai busa polistirena.

Istilah21.02.2017
Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya. Ayat pasif ialah 1) Pokok bunga itu ditanam olehnya untuk menceriakan kawasan rumahnya. Atau 2) Poko bunga itu dia tanam untuk menceriakan kawasan rumahnya. Terima kasih.

Ayat aktif:  Dia menanam pokok bunga itu untuk menceriakan kawasan rumahnya.

Ayat pasif: Pokok bunga itu ditanamnya untuk menceriakan kawasan rumahnya.
Tatabahasa26.11.2014
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut?

Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanam­an, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut.

Istilah24.04.2011
123

Kembali ke atas