Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tanam;

Puisi
 

Tanam limau tanam kedondong,
     Tanam mari tepi pantai;
Harimau garang jangan dikepung,
     Buat rosak sahabat handai.


Lihat selanjutnya...(99)
Peribahasa

Tanam padi tumbuh lalang,
     ayam ditambat disambar elang.

Bermaksud :

Nasib yang malang.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanam pinang tanam kelapa, Tanam selasih lumpur liat; Bercerai tunangan tidak mengapa, Bercerai kasih jangan dibuat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanam ubi tanam keladi, Anak belanak dalam tapisan; Tuan beristeri dia bersuami, Ada anak boleh berbesan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tanam ubi tanam kembili, Mari dicolek santan manisan; Adik hendak mencari bini, Kalau boleh hendak berbesan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Budak-budak tanam papaya, Tanam mari tepi kota; Sudah mari tepi kota, Tuah melambung malang menimpa.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tanam padi tumbuh lalang, Pantai landai tumbuh bemban; Jangan jadi burung helang, Mengintai ayam dalam reban.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tanam padi bertimpa-timpa, Di mana letak mawar merah; Dalam hati tidak lupa, Di mana-mana terlihat wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Tanam padi di bukit Selayang, Sudah dituai jual ke pekan; Hasrat hati dikasih sisayang, Rupanya harimau di dalam reban.Pantun Melayu SarawakKasih
12345678910...

Kembali ke atas